Thursday, September 11, 2014

CKGU BARD~ JIKA BENAR IKHLAS, YB AZMIN TULIS KE ISTANA SECARA RASMI TOLAK JAWATAN MB


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kini didakwa melobi istana bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang dikosongkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun beliau menafikannya dihadapan umum.
Bagi membuktikan keikhlasan dan kebenaran kata-katanya, Azmin dicabar menulis surat rasmi kepada istana menolak namanya daripada disenarai sebagai calon MB jika beliau benar-benar tidak melobi jawatan itu.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia,Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, dalam surat yang sama Azmin juga perlu menyatakan sokongannya kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
"Jika benar YB Azmin Ali jujur seperti depan umum dan tidak melobi... sila tulis ke istana secara rasmi tolak untuk jadi MB dan sokong calon PR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB.
"Sanggupkah dia?," getus Chegubard dalam status Facebooknya hari ini.
Ketua Cabang PKR Rembau itu juga memberitahu, Azmin dikatakan melobi kiri dan kanan untuk mendapatkan kedudukan MB.
Chegubard seterusnya mahu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tahu Azmin sebenarnya 'gunting dalam lipatan' dalam parti.
"DSAI kena tahu inilah org yg hancurkan da n menyusahkan ...jadi gunting dlm lipatan sekian lama.. baik kawan dan lawan tidak akan hormat kita selagi kita sendiri tak 'solid'," ujarnya.
Status Chegubard itu menyebabkan beberapa penyokong PKR mengecamnya dan menganggap kenyataan itu memecahbelahkan parti.
Namun bagi Chegubard berkata;
"Penipuan saya dah hantar semua bukti... saya digantung jika menipu pecat saya... azmin pun boleh saman apa?," katanya.


Read more: http://wargamarhaen.blogspot.com/2014/09/chegubard-cabar-azmin-buktikan-jika.html#ixzz3Cymjdh6s

No comments:

Post a Comment