Friday, June 15, 2012

Jom selamatkan felda 14 Julai 2012


Demo ‘Himpunan Oren Selamatkan Felda’ 14 Julai

Demontrasi besar-besaran yang akan diketuai Mohammad Sabu dan turut dihadiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
PUTRAJAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menganjurkan ‘Himpunan Oren Selamatkan Felda’ pada 14 Julai depan bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Saham.
Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, peserta akan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kemudiannya berarak sejauh 2kilometer menuju ke Istana Negara bagi menghantar memorandum memohon supaya Yang di Pertuan Agong (YDPA) campur tangan isu FGV.
Menurutnya, demontrasi besar-besaran yang akan diketuai Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu dan turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula berarak selepas selesai menunaikan solat Zohor dan solat hajat.
“Kita sudah menjemput beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Bersih, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), mansuh Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), NGO Felda,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mensasarkan penyokong sekurang-kurangnya 20,000 peserta, Mazlan berkata pihaknya turut menjemput parti politik Pakatan dan Barisan
Nasional (BN) sama-sama menyertainya kerana ia isu yang membabitkan masa depan peneroka.
“Peserta yang mahu menyertai perhimpunan itu nanti boleh memakai pakaian berkonsepkan warna oren yang melambangkan Felda,” katanya.
Katanya, Anak kini sedang giat mengadakan roadshow memberi penerangan kepada peneroka dan generasi kedua Felda mengenai risiko penyenaraian FGV.
Sebelum itu, Mazlan bersama wakil peneroka hari ini hadir ke Pejabat Perdana Menteri di sini menghantar notis kepada Datuk Seri Najib Tun
Razak menuntut supaya memohon maaf kerana mengungkap perkataan ‘haram jadah’.
Notis itu menganggap Najib semasa menyebut ‘haram jadah’ di Jengka 8, Pahang pada 8 Mei lalu itu boleh membawa maksud anak luar nikah, anak tidak sah taraf, pengkhianat, jenis tak tahu malu, tidak setiua dalam perjuangan, tak jujur, dan tak layak terima durian runtuh.
“Datuk Seri dikehendaki memohon maaf secara terbuka mengikut teks yang akan disediakan oleh kami dihadapan warga peneroka Felda Jengka 8 dan bayar pampasan ganti rugi sebanyak RM10,000 setiap satu klien kami dalam tempoh 48 jam dari tarkikh terimanya surat ini kerana telah mendatangkan keaiban, kerosakan dan kerugian kepada klien-klien kami.
“Kegagalan Datuk Seri untuk berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan undang-undang diambil terhadap Datuk Seri menuntut jumlah
yang dinyatakan termasuk ganti rugi teladan, teruk, kos dan faedah tanpa sebarang rujukan kepada Datuk Seri,” notis tersebut dipetik.
Notis itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Saiful Azhar petang tadi.

Wednesday, June 13, 2012

Selangor mampu berikan pendidikan percuma bermula dgn UNISEL

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi gambaran awal bahawa usaha melaksanakan pendidikan percuma di negeri ini mampu dilakukan di Universiti Selangor (Unisel), dalam masa terdekat. Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan meneruskan cadangan menggunakan peruntukkan RM30 juta daripada penjualan tanah miliknya untuk membantu pentadbiran Unisel. "Saya akan buat beberapa pengumuman berhubung perkembangan Unisel setelah mengadakan mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah tidak lama lagi.

Saturday, June 9, 2012

Syed Shahir kini bergelar Senator


Bekas Presiden MTUC antara 5 dilantik senator
Yang Dipertua Dewan Negara beramah mesra dengan Ahli Dewan Negara
yang baru dilantik di Bangunan Parlimen di sini, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Ketua Wanita MCA Pahang Datuk Lim Nget Yoon, 56, merupakan antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di bangunan Parlimen hari ini.
  
Kelima-lima mereka dilantik sebagai Senator buat kali pertama untuk penggal tiga tahun.
  
Empat lagi yang dilantik ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Marang Toh Puan Zaitun Mat Amin, 55, Ketua Wanita Umno Bahagian Bentong Roslin Abdul Rahman, 52, Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan & Sekutu, Syed Shahir Syed Mohamud, 60, dan Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Ariffin S.M. Omar, 62.
  

Pelantikan Dr Ariffin dan Syed Shahir diusulkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menggantikan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff yang tamat perkhidmatan pada 30 Mei lepas.

Wednesday, June 6, 2012

Dua ahli panel Hanif letak jawatan, jadi buat apa perang video Bersih 3.0 lagi.....

KUALA LUMPUR: *Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein tidak wajar melancarkan perang video tetapi sewajarnya membubarkan Panel Hanif selepas dua anggotanya meletakkan jawatan. Langkah ini perlu dibuat Hishamudin selepas perletakan jawatan bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim dan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah yang telah menarik diri daripada keahlian panel itu.

Monday, June 4, 2012

SOKONGAN NAJIB MEROSOT, TARIKH PRU13 DIUBAH LAGI



Kalau tengok ke laporan kaji selidik yang Merdeka Center buat memang nampak sangat sokongan kepada Najib sebagai Perdana Menteri turun menjunam.

Kalau tengok ke angka dalam jadual macam yang aku salin tampal kat bawah tu nampak sangat penurunan mendadak terutama sekali untuk segmen pengundi cina dan juga untuk segmen berpendapatan sederhana.

Tapi kalau tengok ke peratus yang sokong Najib tu nampak macam Umno BN masih boleh menang, masih boleh menguasai Putrajaya kalau buat pilihanraya sekarang.
Tapi taktau la pulak, kalau Najib harap untuk dapat balik 2/3 parlimen, kalau takat sokongan macam jadual kat bawah tu nampak macam payah la nak dapat, kalau takat nak menang majoriti mudah memang boleh.

Apa pun, harus barang diingat, masa sebelum PRU12 rasanya takdak kajian yang buat laporan kemundkinan sampai 5 negeri BN akan kalah, macam tu jugak di parlimen aku tak pernah terbaca yang BN akan hilang 2/3.

Jadinya laporan macam ni boleh untuk dibaca, boleh untuk diambik tindakan tapi tak boleh untuk 'beriman', memang sangat-sangat tak sesuai.

Apa pun, kita tunggu sajalah tak kira bila pun Najb nak bubarkan Parlimen. Kuasa tu ada pada dia, kecuali la kalau tiba-tiba Agong berani untuk 'memaksa' atau 'menderhaka' kepada Perdana Menteri.

Setakat hari ni katanya tempoh yang paling popular yang ke depan ni adalah selepas Raya Puasa dan sebelum musim Haji. Parlimen mungkin dibubar dalam bulan puasa.

Apa pun, untuk laporan kajiselidik tu boleh baca di MerdekaReview atau baca terus di MerdekaCenter.



Segmen pengundiFebruariMeiPerubahan
Pengundi Cina56%37%-19%
Pengundi India80%72%-8%
Pengundi bawah umur 30 tahun64%61%-3%
Pengundi bawah umur 40 tahun67%65%-2%
Pendapatan isi keluarga bulanan RM1500 - RM300071%69%-2%
Pendapatan isi keluarga bulanan RM3000 - RM500068%50%-18%