Wednesday, December 30, 2009

RAMALAN KHAIRY PENGGANTI RAHMAN SULAIMAN TIDAK MENJADI !

Desas-desus sebelum ini yang menyatakan menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khary Jamaluddin dilantik timbalan menteri nampaknya tidak menjadi kenyataan. Jawatan Timbalan Menteri Pelancongan yang dilepaskan oleh Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib akan disi oleh anak kelahiran Sarawak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata pengganti Sulaiman akan diumumkan dalam sedikit masa lagi. "Lebih kurang tapi tidak boleh umumkan lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Parti Demokratik Progresif Sarawak(SPDP) di Dewan Suarah Kuching di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai nama pengganti Sulaiman, yang juga anak lelaki sulung Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang meletak jawatan atas alasan peribadi.
Pada 10 Disember lalu, Abdul Taib berkata Sulaiman terlalu sedih selepas kehilangan ibunya, Puan Sri Laila Taib, yang meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu.

Sulaiman, 41, yang juga Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri pada 19 Mac 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri dan apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri April tahun ini, beliau dikekalkan.
Sulaiman adalah Anggota Parlimen Kota Samarahan yang pernah diwakili oleh ayahnya

Nik Aziz gugur dua setiausaha




SHAH ALAM  - Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan akan mengugurkan dua setiausahanya berikutan spekulasi yang timbul, baru-baru ini.
Antara yang digugurkan ialah setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haron dan juga setiausaha akhbarnya, Mohd Saiba Yaakob.
Satu portal berita tempatan menyatakan pengguguran Exco kewangan dan perancangan ekonomi itu  kerana didakwa sering terlibat dalam kontroversi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh Abdul Ariffahmi Ab Rahman, menantu Nik Abdul Aziz.
Bagaimanapun, setakat ini tidak jelas rombakan pegawai menteri besar dibuat berkaitan dengan kontroversi yang kini melibatkan Nik Abdul Aziz atau sebab-sebab lain.

Sunday, December 27, 2009

Tender Angkut Sampah di PBT Hulu Selangor dianggap tidak telus? Keputusan dibuat terlebih dahulu?

Ramai mulut-mulut yang tidak berpuas hati disetiap kali ada keputusan pbt mengeluarkan tawaran tender kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya.
Suara-suara ini kadang-kadangnya memberikan input yang berkesan jika diteli, seperti kata seorang motivator, kita banyak belajar dari orang yang tidak berjaya dari orang yang berjaya. Segalaa pengalaman dan keperitan seorang kontraktor yang masih berjuang lebih banyak pengalamannya untuk dicontohi dan digunakan didalam alam perniagaan.
Pakatan Rakyat mesti tulus dan berani dalam tindakannya dan konsisten dalam polisinya. Kontraktor didalam kawasan masing-masing diberikan keutamaan. Jangan orang luar diberikan peluang untuk bertanding di kawasan yang mungkin tidak disenangi oleh pengundi tempatan. Ini adalah pandangan orang ramai dan pandangan TG Nik Aziz yang mungkin tidak menggunakan khidmat calun dari luar untuk DUN Kelantan dalam pru akan datang.
Bagaimana dengan keputusan tender angkut sampah baru-baru ini, keputusan telah lama dibuat sebelum perayaan eidul-adha tetapi baru dipanggil semua kontraktor yang berjaya baru-baru ini. Pakatan Rakyat telah mengotakan semua quota-quota yang diperlukan secara nisbah yang di perturunkan oleh kerjaaan negeri sendiri (mungkin mengambilkira nisbah parti dalam jemaah exco negeri)..
Memang ada kah pertemuaan (precouncil) ketua-ketua parti dalam PR untuk membantu membuat keputusan tender ini?
Benar tuluskah ketua-ketua parti didalam PR ini dalam membuat keputusan ini, dan bolehkah diharap ketulusan hati mereka (disebabkan ada kontraktor yang mengaku telah melobi terus dgn ketua-ketua parti?
Benarkah ada quota didalam pembahagian tender ini?
Dimanakah kriteria, landasan dan kualiti yang menjadi pegangan PBT dalam menentukan kualiti kerja-kerja pelupusan sampah ini, dan patutlah selama ini masyarakat terus membuat aduan didalam perkhidmatan ini..
Apakah semua ahli majlis akan terus menjadi tukang melobi dan membelakangkan semua perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat Hulu Selangor.

Harap tulus.

Wednesday, December 16, 2009

NAJIB KENA BERANI GUGURKAN WAIL RAKYAT YG TAK MAMPU MAIN PERANAN !




Masalah dengan sesetengah wakil rakyat ialah mereka tidak faham tugas hakiki masing-masing. Sesetengahnya menganggap tugas utama wakil rakyat sama seperti pegawai kebajikan masyarakat. Mereka berfikir rakyat akan mengukur kemampuan mereka menyelesaikan masalah orang miskin, longkang tersumbat dan berapa kerap mereka merasmikan mesyuarat PIBG atau memberikan sumbangan kepada kumpulan kompang.

Ya, itulah indikator yang digunakan suatu masa dulu. Hari ini rakyat Malaysia yang mempunyai kelas menengah yang besar meletakkan prestasi mereka sebagai anggota legislatif sebagai indikator utama - sejauh manakah mereka mampu membahaskan rang undang-undang di Dewan Rakyat, dan artikulatif terhadap apa saja isu-isau rakyat.

Monday, December 7, 2009

BILA TG NIK AZIZ BERDOA, SATU MALAYSIA GEGAR !


Dinsman

Hah, Tok Guru Nik Aziz sebut dia nak berdoa saja, satu Malaysia sudah gegar. Digegarkan oleh media-media Umno/BN. Heboh satu Malaysia macam nak berlaku gempa bumi, hinggakan Tan Sri mufti dan Datuk bekas mufti pun berfatwalah, seperti yang dijangka dari ulamak-ulamak Umno/BN itu. 
Kah kah kah… lucunya Malaysia kita. Tapi sebenarnya tak lucu. Sikit pun tak lucu, kalau kita melihatnya dari satu perspektif yang saya maksudkan ini. Bahkan hebat sebenarnya! Apabila doa seorang manusia boleh menggegarkan sebuah negara. Saya melihatnya dari sudut ini. Dan ini sebenarnya cukup menarik. Dan istimewa! 
Adakah lagi di negara-negara lain dalam dunia ini yang seperti ini? Yang doa seorang pemimpin pembangkangnya begitu diberi perhatian, oleh media-media utama, dan boleh sampai menghebohkan suasana seluruh negara. Doa sahaja, bukannya apa! Hanya doa. 
TG Nik Aziz (dilaporkan) berkata dia nak berdoa supaya Allah musnahkan masa depan Perdana Menteri dan partinya, sekiranya Datuk Najib tetap enggan memberikan hak royalti petroleum dan gas kepada kerajaan negeri Kelantan, seperti yang sepatutnya. 
Ia bukan sahaja menjadi berita utama media-media arus perdana, tetapi ia juga menjadi satu isu yang besar, yang perlu dicari ‘fatwa’ dari mufti-mufti dan bekas mufti; dan para menteri pun terpaksa membuat kenyataan. Memanglah kenyataan mereka itu mengecam dan merendah-rendahkan TG Nik Aziz. 
Tetapi itu semua menunjukkan apa? Itu semua menunjukkan mereka percaya kepada doa TG Nik Aziz Menteri Besar Kelantan itu. Mereka percaya bahawa doa TG Nik Aziz itu boleh memberi kesan. Kalau tidak, mereka takkan melatah melenting heboh satu negara. 
Datuk Najib yang sedang berada di luar negara, di Port of Spain, pun terpaksa memberi respon kepada kenyataan Tok Guru itu. Mereka bimbang kepada doa Tok Guru. Tapi hal itu pula menggembirakan saya. 
Sebab apa saya gembira? Sebab saya melihat TG Nik Aziz sekali lagi berjaya menonjolkan satu daripada aspek keimanan/ketaqwaan (agama Islam) yang menjadi sebahagian daripada dasar pentadbirannya, (yang selama ini kurang disedari dan difahami oleh orang ramai, khasnya yang di luar parti PAS). 
Pimpinan Umno/BN memang boleh saja mengatakan bahawa doa TG Nik Aziz itu gagal memberi kemenangan kepada PAS dalam pilihanraya kecil (PRK) Bagan Pinang baru-baru ini; manakala dalam PRK Manek Urai sebelum itu PAS hanya menang dengan majoriti kecil. 
Mereka cuba hendak mengatakan bahawa doa TG Nik Aziz itu tidak akan dimakbul oleh Tuhan. Maka ‘fatwa’ mufti pun dikeluarkan untuk mengesahkan kenyataan mereka itu, dengan alasan kononnya tindakan Nik Aziz itu tidak selaras dengan ajaran Islam. 

Nik Aziz pula menegaskan bahawa dia bersedia untuk berdialog dengan sesiapa saja ulamak yang tidak bersetuju dengan tindakannya itu. Bagus. 

Kalaulah ada ulamak berkenaan yang mahu menyambut cabaran TG Nik Aziz itu, alangkah bagusnya. Biarlah kita jangan berselindung dengan ilmu dan ajaran Islam yang sebenar, ‘kan! Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pentadbiran TG Nik Aziz selama 19 tahun mentadbir Kelantan, perkara ini bukanlah satu perkara baru. 
Ini memang satu daripada pendekatan yang biasa dilakukan oleh TG Nik Aziz, khasnya apabila dia berhadapan dengan masalah atau krisis yang besar dan rumit, yang melibatkan rakyat negeri Kelantan dalam keadaan dizalimi atau dianiaya. Satu daripada peristiwa atau krisis besar yang pernah diatasi dengan cara atau strategi “berdoa”, dan berjaya, ialah krisis pampasan empangan janakuasa Pergau, yang melibatkan syarikat Tenaga Nasional Berhad di pihak kerajaan pusat. 
Selain daripada berdoa, pendekatan tersebut selalunya akan menghimpunkan rakyat dalam jumlah yang ramai, hingga memenuhi Stadium Sultan Muhamad, Kota Bharu, misalnya, untuk melakukan solat hajat. Dan pernah solat hajat beramai-ramai itu dibuat di waktu dinihari jam 4.30 pagi. Berdoa dan solat hajat memang sudah menjadi sebahagian penting dalam program dan pendekatan pentadbiran yang digunapakai oleh TG Nik Aziz. Yang terakhir sebelum ini ialah pada 1 Ramadhan lalu, di pekarangan Stadium (Qaryah Ramadhan), kerana memohon Allah SWT agar menyelamatkan rakyat daripada wabak H1N1. 
Kebetulan saya pun sempat hadir dalam majlis yang diadakan sejurus sebelum sahur itu. Sekarang rakyat Kelantan sedang dizalimi oleh kerajaan pimpinan Najib, yang enggan memberikan apa yang menjadi hak mereka dalam royalti minyak. 
Tentunya mereka hanya menanti Tok Guru menyebutkan tarikhnya sahaja, dan mereka akan berkumpul barangkali yang paling ramai dalam sejarah solat hajat di Kelantan. Sama-samalah kita tunggu! Memang ini sesuatu yang sangat menarik. 
Bagaimana sebuah pimpinan politik boleh mengajak rakyatnya beramai-ramai; “Mari kita pergi kepada Allah, dan kita mengadu kepada Dia yang kita telah dizalimi, dan kita minta tolong kepada Allah, kerana hanya Dia yang boleh menolong kita, kerana Dia maha berkuasa.” Saya tidak tahu apakah perkara yang seperti ini ada juga dilakukan di tempat lain di mana-mana dalam dunia ini. Sebuah kerajaan yang mengamalkan satu sistem pentadbiran yang di dalamnya terdapat suatu program yang berkomunikasi langsung dengan Tuhan yang ghaib. 
Program ini juga boleh dijadikan satu strategi untuk menghadapi pihak “lawan” yang cuba berbuat zalim kepada rakyatnya. Dan dalam sejarah amalan strategi solat hajat dan doa ini pun, barangkali inilah kali pertama TG Nik Aziz akan berdoa supaya Allah melaknat atau memusnahkan masa depan seorang Perdana Menteri Malaysia, bersama dengan partinya. 
Maka sangat menariklah jadinya untuk kita mengikuti perkembangan “perang cara ghaib” ini yang selanjutnya. Bagaimanakah pihak Perdana Menteri Najib dan panglima-panglimanya akan menghadapi strategi dan taktik perang yang entah kuno entah moden entah “avant-garde” ini. Syabas Tok Guru! (Memang patutlah Zaid Ibrahim cadangkan Tok Guru jadi Pengerusi Pakatan Rakyat.) 

Friday, December 4, 2009

ANWAR TERSENARAI DLM TOP 35 PEMIKIR SEJAGAT



Anwar telah membuktikan beberapa kali apabila karisma kepimpinan dan pemikirannya telah diktiraf perbagai badan dunia.
Baru ini dalam senarai tokoh Islam dunia paling berpengaruh Anwar tersenarai dalam dalam carta kategori ahli politik malah Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga turut tersenarai sebagai tokoh agama. Juga pernah tersenarai dalam 100 tokoh pemimpin berpengaruh sedunia oleh TIMES.
Terkini Anwar tersenarai di tangga ke 35 oleh 'agensi Foreign Policy' sebagai pemikir sejagat. Kofi Annan menduduki tempat ke 30 didalam senarai tersebut. Juga Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menduduki tempat pertama.
Sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan memperjuangkan demokrasi dan hak rakyat, tidak hairanlah DSAI senantiasa menjadi sebutan seluruh dunia.
Syabas kepada Kerajaan Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia.

Thursday, December 3, 2009

DS ANWAR - RUNDINGAN AIR SELANGOR DITERUSKAN, TAK MASUK CAMPUR




SHAH ALAM: Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, buat masa ini beliau tidak akan campurtangan di dalam rundingan penstrukturan industri air di Selangor di antara kerajaan negeri, syarikat-syarikat pemegang konsesi air dan Kerajaan Persekutuan.

"Kalau setakat ini saya tengok lebih baiklah Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Ramli Mahmud) yang meneruskan hal-hal tersebut kerana saya tengok ada kemajuan," katanya kepada pemberita selepas satu sesi taklimat mengenai Pakej Ransangan Ekonomi Negeri Selangor di sini hari ini. Anwar berkata, jika perlu isu air di Selangor boleh disambung perbincangannya di Parlimen di mana beliau adalah Ketua Pembangkang.
Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dengan bayaran gaji sebanyak RM1.00 sebulan pada sidang Dewan Undangan Negeri bulan lepas.
Hari ini beliau mengangkat sumpah secara rasmi bagi memegang jawatan itu. Dengan pelantikan itu juga, Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu kini diberikan sebuah pejabat di sebuah bangunan milik Kumpulan Darul Ehsan Bhd di sini.
Anwar berkata, beliau akan melihat kaedah untuk mempercepatkan kelulusan projek bagi mempercepatkan pertumbuhan di Selangor dan membantu kerajaan negeri meningkatkan kemasukan pelaburan.
Selain itu, Anwar juga berkata, beliau mahukan semua agensi kerajaan negeri memberi kerjasama kepada beliau termasuk input-input daripada para pegawai.
Ditanya jika kehadiran Anwar selaku penasihat ekonomi bercanggah dengan peranan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Abdul Khalid yang turut hadir pada majlis itu berkata tidak ada percanggahan kerana UPEN adalah sebahagian daripada jentera kerajaan. "Boleh jadi dia UPEN kena kerja lebih banyak lagi sebab sekarang kita dapat berkongsi dengan Datuk Seri (Anwar) daripada tugas-tugas kita bermakna dia akan memperhebatkan lagi tugas UPEN," katanya.
Dengan pelantikan itu juga, Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu kini diberikan sebuah pejabat di sebuah bangunan milik Kumpulan Darul Ehsan Bhd di sini. BERNAMA

Monday, November 23, 2009

MAHKAMAH TINGGI - SPR PERLU ADAKAN PRU DIKOTA SEPUTEH -


PUTRAJAYA, Nov 23 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah.

Ia perlu diadakan dalam tempoh 60 hari berkuat kuasa 16 November lalu.
Mahkamah mengarahkan SPR mengeluarkan notis untuk pilihan raya kecil - yang ke-10 sejak pilihan raya umum Mac 2008 - menjelang Rabu ini.
Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara yang mewakili SPR mahu memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa SPR wajar mengadakan pilihan raya kecil di kerusi berkenaan selepas didapati wujud kekosongan.
Bagaimanapun Jumaat lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mendengar permohonan SPR untuk menangguhkan keputusan tersebut.
SPR memfailkan permohonan itu Rabu lalu selepas Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan Datuk Abu Hassan Sharif dari BN-Umno bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri sidang DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.
Pada 1 September, Speaker memfailkan semakan kehakiman selepas SPR menerima sijil cuti sakit Abu Hassan berikutan ketidakhadirannya dalam sidang DUN serta mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi kerusi itu dan wakil rakyat BN itu masih merupakan ADUN kawasan berkenaan.
Hari ini, mahkamah menolak hujah SPR bahawa urusan mengadakan pilihan raya kecil akan membabitkan kos besar.
Malah Alizatul juga menolak hujah SPR bahawa akan wujud masalah-masalah lain jika mahkamah yang lebih tinggi membuat keputusan memihak kepada suruhanjaya itu dan membatalkan keperluan mengadakan pilihan raya kecil.
Selain itu, Alizatul juga menegaskan masalah kemungkinan penduduk Kota Siputeh akan mempunyai dua wakil rakyat bukan soal SPR.

Sunday, November 15, 2009

DS ANWAR - PKR AKAN TEMPUR HABISAN TENTANG BN DI SELANGOR


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.
"Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..
"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya.
Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.

Anwar berkata demikian dalam ucapatama dalam konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini.
Kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang PKR di negeri ini memberi tepukan gemuruh ekoran pengisytiharan perang itu.
Anwar yang juga ketua pembangkang berkata serangan untuk merampas Selangor, dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepimpinan Khalid yang juga pengerusi PKR negeri.
"Hari-hari serang Tan Sri Khalid. Tak habis dengan isu lembu untuk hari raya korban, dia serang dengan isu kepala lembu. Kita jangan ingat (serangan) selesai. Kalau kita rasa selesai, kita silap.
"Bila PM (perdana menteri) nak serang dan rampas, dia akan guna segala jentera. Mungkin dia gunakan kata-kata yang lunak, ia manis bagaikan madu tetapi ia umpama racun bisa bagaikan hempedu," katanya.
Katanya, perkara itu juga menjadi antara sebab utama beliau menerima tawaran Khalid yang juga pengerusi PKR Selangor untuk menjadi penasihat ekonomi negeri itu.
"Saya datang untuk bantu kerajaan negeri dan rakyat dan tidak mahu menimbulkan ketegangan politik. Saya mahu (tugas) menteri besar menjadi lebih kukuh.
"Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar," katanya
Anwar juga berjanji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mempertahankan ekonomi negeri itu.
Beliau berkata, ini kerana laporan ketua audit negara menjelaskan bahawa prestasi dan rekod baik telah ditunjukkan oleh Khalid dan ia tidak pernah dicatatkan oleh menteri besar sebelum ini.
Dalam ucapan itu juga Anwar optimis bahawa kerajaan Selengor di bawah Pakatan Rakyat dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang dan prestasinya juga akan jauh lebih baik daripada pilihanraya Mac tahun lalu.
"Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia," katanya yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa pengisytiharan perang itu adalah tindak balas terhadap pengisytiharan Umno untuk merampas kembali Selangor.
Bagaimanapun beliau tidak menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang melibatkan pembangunan dan kepentingan rakyat.
"Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Dan pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan. Dan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.
"Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan," katanya.

Monday, November 9, 2009

KENAPE AMK SELANGOR TIDAK SERAH MEMO PADA YB BADRUL SENDIRI !

SHAH ALAM, 9 Nov - Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim hari ini menegur tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mahukan pejabat Speaker menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Anggota Dewan Undangan  Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.
“Saya tersinggung…ini satu tindakan tidak sopan…mereka boleh serah memo tetapi jangan anggap pejabat speaker pejabat pos… pejabat speaker harus
dielakkan daripada terlibat di dalam gerakan politik sedemikian,” katanya.
Bercakap pada sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri hari ini, Teng berkata pada sebelah pagi, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Nik Nazmi Nik Ahmad telah bersetuju menerima memorandum bantahan daripada AMK tetapi AMK bertegas mahukan pejabat speaker menyerahkan memorandum itu kepada Badrul Hisham.
“Saya minta AMK ambil kembali (memo) itu daripada pejabat saya. Saya tidak akan serahkan kepada Badrul,” tegasnya.
Teng yang jelas kecewa dengan perkara itu berharap AMK dan mana-mana parti politik lain tidak mengulangi tindakan sedemikian.
Terdahulu, sekumpulan anggota AMK Selangor yang diketuai Ketua Penerangan AMK Kebangsaan Lee Khai Loon mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan bangunan Dewan Undangan  Negeri sebelum sidang dewan bermula pagi ini meminta Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai Adun kerana mendakwa beliau gagal menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat.
Badrul Hisham baru-baru ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).
Sementara itu ketika ditemui pemberita, Badrul Hisham yang hadir pada sidang dewan hari ini berkata beliau tetap dengan pendiriannya menjadi Adun Bebas dan tetap memberi sokongan kepada BN.

Tuesday, November 3, 2009

PEKERJA PARTI PERLU BERSEDIA UTK PRU13, JGN TERPERANGKAP DEK HELAH MUSUH !


Seluruh petugas parti diingatkan agar jangan terperangkap dengan agenda musuh dengan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara yang remeh temeh dengan menimbulkan polimik sesama sendiri, sehingga mengabaikan tangungjawab kepada usaha memenangi pilihanraya ke 13.
Kita mesti ingat bahawa selepas PRU ke 12 dan beberapa PRK yang kita lalui menyebabkan UMNO/BN berada pada tahap yang sangat kritikal. Sokongan rakyat kepada PR menyebabkan mereka beralih kepada strategi baru iaitu menimbulkan pergolakan dalaman parti-parti dalam gabungan PR dan mencetuskan agenda perbezaan pandangan dalaman parti PR. Strategi ini ternyata berkesan sehingga tiba-tiba sahaja muncul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza sehinga mencetuskan kegawatan dalaman
 berlaku pada semua parti dalam PR. Sedangkan isu sebenar ialah pergolakan dalaman BN.

Kaedah mengalih perhatian diguna sepenuhnya oleh media perdana dan media baru sehingga kini dilihat berjaya. Pengalihan pandangan dan pemerhatian ini menyebabkan seluruh pemerhatian tertumpu kepada soal krisis yang diciptakan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan fikiran tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya dihabiskan.
Kita mesti kembali kepada landsasan kerja persiapan menghadapi pilihanraya:

  • Berapa ramai pengundi baru yang kita sasarkan dapat dicapai,
  • Bagaimana persiapan bilik gerakan,
  • Semakan daftar pemilih terkini
  • Semakan rang yang dibentangkan,
  • Bantahan yang perlu dibuat
  • Cadangan persempadanan pilihanraya, jawatankuasa persempadanan pilihanraya,
  • Permasalahan kewangan setiap dun, parlimen, dan UPU.

    Apa tidakan kita untuk memastikan segalanya berjalan dengan cukup lancar? Ini yang perlu diberi tumpuan. Jangan kita terperangkap dengan agenda musuh agar kita menghabiskan masa kepada perkara yang bukan menjadi tugas kita. Dengan kata lain jangan anda habis masa, tenaga dan wang ringgit memikirkan masalah yang
     sebenarnya bukan masalah.

Dulu ada satu kisah enam orang pelabur berbincang untuk menjalankan ternakan kambing, cadangan sangat baik. Tetapi bila sampai kepada bagaimana pembahagiaan keuntungan, suasana mula tegang. Masing-masing rasa dia sepatutnya mendapat lebih banyak berbanding yang lain. Keadaan makin tak terkawal sehinggalah seorang yang lebih banyak berdiam diri dalam mesyuarat sejak awal berkata:
“Kita nak bahagi keuntungan, tapi di mana kambingnya. Kambing pun tak ada lagi, dah bincang untung rugi”.
Barulah mereka sedar rupanya mereka bincang perkara yang tak ada. Menghabiskan masa, tenaga dan memeningkan kepala saja.
Sekarang kita perlu sedar sebelum terlewat. Jangan masuk perangkap musuh yang sengaja menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Di mana ukhuwah jamaah, sehingga kita menyerang sahabat dalam satu jamaah lebih hebat dari kita meyerang ‘musuh’ kita sebenar. Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita. Saya yakin tanpa kita sedar sebenarnya kita sedikit demi sedikit telah termasuk dalam perangkap musuh.



Media Rakyat/SAS

Friday, October 30, 2009

JURUTERBANG MAUT TERHEMPAS BERSAMA KAPAL TERBANG EAGLE DI HULU BERNAM


HULU BERNAM - Seorang juruterbang maut apabila pesawat ringan Eagle Twin Seater yang dipandunya terhempas dalam kejadian lewat petang semalam. 


Pemandu pesawat malang itu, Mohd Ehsan Sayed Abu Tahir, 22, dari Taman Nirwana, Ampang, dikatakan melakukan penerbangan solo terakhirnya sebelum diiktiraf sebagai juruterbang sebenar dari Ipoh menuju ke Subang sebelum pesawatnya terhempas lebih kurang 2 kilometer dari Kelab Golf Lembah Beringin dekat sini kira-kira jam 6 petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Norel Azmi Yahya Affandi, pesawat jenis 9M-CLK milik Kelab Penerbangan Diraja Selangor itu terhempas di satu kawasan hutan kira-kira empat kilometer dari kelab golf berkenaan.
Kata beliau, polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) jam 6.20 petang setelah pesawat ringan itu hilang dari radar kira-kira 4.20 petang.
“Gerakan mencari terus dilakukan dan lebih kurang jam 8.20 malam, Unit Udara Polis Diraja Malaysia berjaya menemui bangkai pesawat ringan itu di satu anak sungai,” katanya pada sidang media yang diadakan di lokasi kejadian, malam tadi.
Norel berkata, polis percaya juruterbang cuba melakukan pendaratan cemas berdasarkan keadaan roda pesawat yang rosak akibat tersangkut pada tebing anak sungai itu dan bahagian depannya mengalami kerosakan.
“Ketika pasukan mencari dan menyelamatkan tiba di lokasi kejadian, kami mendapati juruterbangnya tercampak kira-kira 30 meter daripada kokpit.
“Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami cedera di kepala, kaki dan kecederaan dalaman serta maut di tempat kejadian,” katanya.
Kata beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan polis mengawal di sekitar kawasan kejadian hingga pihak DCA menjalankan siasatan hari ini.
“Punca sebenar nahas masih disiasat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Norel berkata, operasi mencari dan menyelamat itu turut membabitkan anggota bomba dan penyelamat dengan bantuan tujuh kenderaan pacuan empat roda dari Kelab 4x4 Bukit Sentosa.
Sementara itu, Ketua Mekanik Kelab Golf Lembah Beringin, Suhaimi Abdul Aziz, 29, berkata, kira-kira jam 5 petang dia bersama beberapa rakan sedang minum petang di sebuah restoran berhampiran tempat dia bekerja sebelum melihat berlegar-legar di ruang udara berhampiran kawasan kejadian.
“Saya melihat pesawat itu terbang berlegar-legar di udara dan kadang kala ia terbang rendah. Kami ingatkan juruterbangnya sedang melakukan latihan penerbangan.
“Tapi lama kelamaan keadaannya semakin serius dan kami rasa dia sedang berusaha melakukan pendaratan kecemasan sebelum pesawat itu terhempas,” katanya.

Tuesday, October 27, 2009

Korban Pertama 1Malaysia di Sungai Kampar....



Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yang mereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus. Kejadian itu mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras. Menurut The Star, 19 lagi murid ditemui selamat. Jambatan tersebut terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan SK Kuala Dipang. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi. Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Friday, October 23, 2009

MIC POLITIK-KAN "KUIL" DI SHAH ALAM...


Kuil yang dikatakan "diroboh" oleh MIC di Persiaran Kerjaya, Jalan Glenmarie, Seksyen U1, Shah Alam, merupakan tempat "kutu ekor" untuk memuja mendapatkan "nombor ekor" dan bukan lah tempat bersembahyang atau kuil.

Tuesday, October 13, 2009

Penekanan terhadap pembangunan luar bandar dlm bajet 2010 - TS Khalid

SHAH ALAM, 12 Oktober - Kerajaan negeri berhasrat memberi penekanan terhadap pembangunan luar bandar sebagai pendekatan baharu dalam penyediaan bajet 2010.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata persiapan ke arah itu perlu dilaksanakan mulai sekarang.“Pembangunan luar bandar dalam Selangor adalah penting pada masa depan, maka pelbagai persiapan perlu dilaksanakan mulai sekarang bagi mempertingkatkan kualiti hidup di kawasan luar bandar,” jelas beliau dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Bajet 2010 di SACC Convec dekat sini pagi tadi.
Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr Hasan Mohamad Ali, antara yang menyambut ketibaan Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Kerajaan negeri juga katanya bercadang menyediakan bajet berimbang walaupun bakal berhadapan dengan defisit bagi tahun kewangan semasa.
Majlis dialog anjuran kerajaan negeri ini bertujuan menghasilkan draf belanjawan berhemah dan selaras dengan dasar Merakyatkan Ekonomi, Melestarikan Komuniti yang bakal dibentangkan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor bulan hadapan.
Program itu dihadiri lebih 300 peserta termasuk Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan, Penggerak Belia, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, institusi kewangan dan pertubuhan bukan kerajaan.
Agenda program dua hari itu antaranya, taklimat mengenai kedudukan ekonomi semasa, Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor dan Pelaksanaan Projek-projek Kecil Luar Bandar serta pembentangan kertas kerja yang antaranya membincangkan mengenai Cabaran Pembangunan Industri Selangor.
Hasil perbincangan akan dibentangkan dalam sesi rumusan pagi esok.

Sunday, October 11, 2009

CALON PAS BERSIH REKODNYA. UNDILAH PAS !

Selepas tshunami politik dalam PRU Ke-12 Mac tahun lalu, tidak ada kawasan lagi yang benar-benar menjadi kubu Umno/BN iaitu yang dianggap selamat. Semuanya, termasuk di Johor, Melaka, Pahang yang selama ini dianggap kubu kuat BN kini tidak lagi menjadi kawasan selamat. Demikianlah juga Dun Bagan Pinang. Mermanglah ada yang ‘gerun’ mendengar demikian banyak undi poo di sana yang biasanya pergi kepada BN, tetapi itu masih boleh di atasi kerana perubahan suasana politik negara di mana pengundi bukan Melayu dijangkan memberikan sokongan kuat kepada calon PAS. Ini berbeza dengan masa lalu di mana pengundi bukan Melayu ini menjauhi calon PAS disebabkan kempen perkauman Umno/BN yang dilakukan puluhan tahun.
Pakatan Rakyat telahpun mengumumkan bahawa Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi pilihan raya kecil tersebut. Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan antara Umno dan PAS. Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober. Ia diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.
Zulkefly yang bersih rekodnya. Adalah seorang terpelajar dan aktivis masyarakat yang terkenal berdepan calon Barisan Nasional dari Umno, Tan Sri Isa Samad seorang yang pernah terpalit dengan kes politik wang. Presiden PAS, Dato’ Seri Abd Hadi Awang menyifatkan pemilihan Zulkefly sebagai calon tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting ia calon terbaik Pakatan Rakyat.

Thursday, October 8, 2009

PETUGAS PAS DIPUKUL...


Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan lebih 20 lelaki bermotosikal dan juga kereta dipercayai penyokong UMNO/BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menyerang petugas yang berada di situ.
Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.
Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS dipukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.
Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong UMNO/BN terbabit tidak berpuas hati kerana mendakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

Friday, October 2, 2009

Calonkan Isa: Umno terpaksa realistik, elak boikot

Selepas debat mengenai calon yang paling sesuai berlanjutan sehingga beberapa minggu, kepimpinan Umno terpaksa akur dengan kehendak akar umbi dan keperluan untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan.
Pengumuman dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden Umno sebentar tadi menunjukkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang amat penting bagi Umno selepas tewas kesemua tujuh pilihan raya kecil di Semenanjung selepas Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu.
Usaha untuk membersihkan parti dan meletakkan calon yang bersih untuk memenangi semula sokongan rakyat terpaksa ditangguhkan dahulu.
Pencalonan Isa itu juga menunjukkan ketidakupayaan kepimpinan Umno melawan ketua-ketua Umno yang berpengaruh seperti bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, yang membina kumpulan yang kuat sepanjang memerintah negeri kubu kuat Barisan Nasional itu.
Tindakan tidak mencalonkan Isa bakal mengundang boikot daripada ahli-ahli Umno akar umbi di negeri ini yang menyokong kuat Isa untuk kembali sebagai menteri besar akibat tidak senang dengan kepimpinan menteri besar hari ini, Datuk Seri Mohamad Hassan.Menjelang pengumuman calon, petanda buruk sekiranya Isa tidak dicalonkan mula kelihatan apabila muncul sepanduk-sepanduk memberi amaran boikot sekiranya Isa tidak dipilih sebagai calon Bagan Pinang.
Bekas pemimpin Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bersuara berkali-kali secara terbuka menentang pencalonan Tan Sri Isa Abdul Samad, tokoh yang terpalit dengan rasuah politik dan digantung oleh parti.
Mahathir walau bagaimanapun dalam satu kenyataannya mengaku Isa mampu menang di Bagan Pinang, menunjukkan sokongan meluas untuk ketua Umno Teluk Kemang itu.
Berdasarkan tinjauan, Isa terus popular di Negeri Sembilan dalam kalangan Umno, menjadikan pencalonannya sebagai pertaruhan terbaik bagi Umno dan Barisan nasional untuk mencapai kemenangan di Bagan Pinang, walaupun terpaksa mengorbankan agenda membersihkan parti.
Isu ini, yang melalui debat yang agak panjang dan terbuka telah mendedahkan pergeseran dalaman Umno sejak beberapa minggu sebelum kempen bermula, memberi kelebihan untuk kempen pembangkang yang dijangka akan memberi fokus pada kelemahan calon parti lawan seperti dilakukan di Permatang Pasir pada Ramadhan lalu.
Pencalonan Isa bakal memberi bahan kempen kepada pembangkang, tetapi pada masa sama menjadi penyatu Umno tempatan, sesuatu yang tidak diperolehi Umno dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini seperti Kuala Terengganu dan Permatang Pasir yang menyaksikan calon Umno mendatangkan liabiliti.
Pemilihan Isa sebagai calon ini menunjukkan Umno masih sukar untuk melakukan tindakan yang betul memilih calon yang bersih sekiranya tindakan itu bertembung dengan kepentingan kuasa.
Isa yang memberi harapan kepada kempen umno di Bagan Pinang ini juga menenggelamkan lagi usaha Umno untuk memilih calon yang lebih bersih.



Thursday, October 1, 2009

AZMIN ALI : TUN MAHATHIR KECEWA BILA ISA MASIH JADI CALON BN


PORT DICKSON – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah ahli UMNO yang paling sedih dan kecewa apabila Barisan Nasional (BN) tetap mencalonkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata, sebagai pemimpin UMNO yang berpengalaman hampir 20 tahun, Dr Mahathir sudah pasti kecewa apabila mengetahui pemimpin yang disabitkan kesalahan politik wang dicalonkan mewakili BN. “Walaupun Tun (Dr Mahathir) pernah menyarankan secara terbuka supaya BN tidak mencalonkan seseorang yang mempunyai kesalahan politik wang, namun ia tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan BN yang bertindak mencalonkan Isa yang juga Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang.
“Ahli UMNO yang paling kecewa ialah Tun kerana segala nasihat dan pandangan beliau tidak diendahkan pimpinan Pusat kerana Tun beranggapan mencalonkan seorang pemimpin yang pernah disabitkan kesalahan politik wang turut memberi kesan negatif kepada parti,” katanya selepas pada majlis memperkenalkan calon dari Pas di Pusat Perhubungan Pakatan Rakyat (PR) di Batu 9, Jalan Pantai Telok Kemang, dekat sini, malam kelmarin.
Menurutnya, pengumuman Mohd Isa sebagai calon yang terbaik menggambarkan UMNO tidak mengotakan janji terhadap perwakilan dan masyarakat untuk memerangi gejala politik wang.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini berjanji akan memerangi gejala politik wang sekadar janji apabila UMNO melantik pemimpin yang pernah disabitkan kesalahan terbabit.
“Inikah tindakan yang sepatutnya diambil UMNO dalam usaha membuktikan janji kepada rakyat, adakah UMNO sudah ketandusan pemimpin atau tidak diberikan peluang,” katanya.
Malam kelmarin, calon PR dari Pas iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45, diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta beberapa pemimpin Pusat PR tepat jam 10.35 malam
Azmin berkata, masyarakat kini sudah bijak menilai siapa yang harus dipilih untuk menjadi wakil rakyat adakah pemimpin yang disabitkan kesalahan politik wang atau pemimpin muda yang mewakili semua kaum dan masyarakat.
“Calon PR adalah pemimpin yang bermula di peringkat bawah dan mendapat sokongan padu daripada PR negeri dan Pusat jadi laksanakan amanah yang diberikan dalam memastikan hak semua bangsa dan agama terpelihara,” katanya.

Monday, September 28, 2009

Malam esok - Pengumuman Calon Bagan Pinang

MAJLIS PENGUMUMAN CALON PAKATAN RAKYAT BAGI PILIHAN RAYA N31 BAGAN PINANG Presiden PAS, YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang bersama barisan pimpinan Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang pada:

Tarikh: 29 September 2009 (Selasa) Masa: 9.00 malam Tempat: Markas PAS, Batu 9, Jalan Pantai, Telok Kemang, Port Dickson.

Wednesday, September 9, 2009

Artis Wanita bantu bawa pulang jenazah Nenek Mariam (Korea)

KOTA TINGGI: Seorang artis wanita terkenal menyumbang RM11,000 untuk membiayai kos membawa pulang jenazah Mariam Johari, 88, bagi membolehkan wanita warga Malaysia yang terkandas di Korea Selatan sejak 64 tahun lalu itu, dikebumikan secara Islam.Artis itu yang enggan namanya disiarkan akan menyerahkan bantuan berkenaan kepada Wisma Putra di Putrajaya, hari ini.Seorang pegawai Bahagian Konsulat, Wisma Putra ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah berurusan dengan artis itu dan menerima surat daripada anak lelaki Mariam, Jelani Sonni, 72, yang meminta jenazah ibunya dibawa pulang secepat mungkin sebelum dibakar mengikut adat masyarakat Korea.“Konsulat Malaysia akan berurusan dengan kerajaan Korea bagi mendapatkan kebenaran membawa pulang jenazah Mariam kerana Allahyarham sudah menjadi warga negara itu. Kita juga akan meneliti kandungan wasiat yang dikatakan ditinggalkan Mariam sebelum meninggal dunia. Sejurus mendapat kelulusan, jenazah Mariam akan dibawa pulang,” katanya.Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae yang dikatakan tidak sihat sejak empat bulan lalu, meninggal dunia ketika tidur di sebuah rumah kebajikan di Seoul, kira-kira jam 12.20 malam Sabtu lalu (waktu Malaysia).Jelani yang menerima berita kematian ibunya, pagi kelmarin, bagaimanapun terkilan kerana Mariam dikatakan meninggalkan wasiat supaya dikebumikan mengikut adat masyarakat Korea.Kisah Mariam mula mendapat perhatian apabila akhbar Kumpulan The New Straits Times (NSTP) menyiarkan hasratnya untuk mencari tiga anaknya di Plentong, Johor, dua tahun lalu.Dengan bantuan Korea Broadcasting System (KBS), Mariam yang terkandas di Korea selepas dibawa tentera Jepun ke negara itu ketika Perang Dunia Kedua, akhirnya dipertemukan dengan tiga anaknya, Ramlah, 74, Jelani dan Jamnah, 67, di Seoul pada Julai 2007.Mariam juga dibawa ke Malaysia pada 5 September tahun sama sebelum pulang semula ke Korea Selatan, kira-kira dua minggu selepas itu.Sementara itu, Jelani yang berniaga di Pasar Ramadan Perhentian Bas Taman Kota Jaya di sini, yakin jenazah ibunya dapat dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam di sini.Beliau berkata, ramai ahli keluarganya dikebumikan di tanah perkuburan itu dan terletak berdekatan rumahnya serta Ramlah dan Jamnah.“Kami memang nak dia (Mariam) dibawa balik ke sini (Kota Tinggi). Apa pun orang kata, dalam hati kami mak masih Islam. Apabila dia pulang ke sini dua tahun lalu dan mengucap, dia memang ingat agama dia. Bila difikir-fikir, saya sendiri belum tengok surat wasiat emak, hanya dimaklumkan mengenai wasiat itu menerusi anak saudara saya, Ahmad Onn. Sekiranya benar ada surat wasiat daripadanya, saya mahu tengok,” katanya.Penyelidik KBS, Seo Kyu Won, yang dihubungi pula berkata, rakannya, Park Keon Young sering mengunjungi Mariam termasuk ketika wanita itu dalam keadaan tenat.“Mariam sakit sejak Mei lalu tetapi kembali sihat. Namun sejak dua bulan lalu, Mariam tenat semula dan cuba menghubungi keluarganya di Malaysia. Mariam mahu pulang melihat anak-anaknya… beliau asyik menyebut nama Ramlah, Jelani, dan Jamnah. Mungkin ketika itu Mariam sudah tahu dia akan pergi. Malah, Mariam pernah berkata ‘Saya mahu pulang ke Malaysia kerana saya dilahirkan di negara itu, ini impian saya’,” katanya.Seo berkata, anak tiri Mariam, Ji Yong Un, 53, tidak membantah sekiranya jenazah Mariam dibawa pulang ke Malaysia.Ketika ini, jenazah Mariam masih disimpan di rumah kebajikan Gereja Roman Katholik Beon Bong dengan namanya diletakkan sebagai ‘Mariam Binti Johari’ dan di bawah jagaan keluarga Ji.Bagaimanapun, keluarga Ji perlu dimaklumkan mengenai urusan membawa balik jenazah sebelum 1 tengah hari waktu Korea (12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini kerana sekiranya gagal, jenazah wanita itu akan dibakar mengikut adat masyarakat Korea.

Saturday, September 5, 2009

Cadangan Pemindahan Kuil Hindu Di Seksyan 19 Di Bekukan

SHAH ALAM, 5, Ogos- Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskan bahawa cadangan memindahkan Kuil Hindu di Seksyen 19, ke Seksyen 23 dibekukan sementara, ekoran bantahan keras daripada penduduk.
Khalid berkata, kontroversi yang tercetus daripada rancangan pemindahan kuil tersebut akan ditangguhkan sehingga tapak alternatif yang sesuai dikenalpasti.
“Kerajaan negeri sangat prihatin tentang perkara ini, kita merasakan kita terpaksa melihat semula cadangan tersebut, saya telah meminta masyarakat di seksyen 23 supaya mereka tidak lagi membincangkan perkara ini kerajaan negeri akan melihat bagaimana usaha2 ini dapat diteruskan,” katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media di kediaman rasminya selepas Majlis Dialog bersama penduduk Seksyen 23 berhubung isu pemindahan kuil tersebut di Dewan Bankuet MBSA, pagi tadi.
Katanya, Kerajaan Negeri prihatin terhadap keinginan masyarakat India yang inginkan kuil itu dibina dan akan berusaha untuk mencari tapak alternatif yang sesuai.
“Kita akan berbincang dengan PKNS supaya dapat mengenalpasti satu lagi tempat yang sesuai yang boleh diterima oleh Jawatankuasa Kuil Seksyen 19 dan boleh diterima oleh penduduk di persekitaran Seksyen tersebut,“ini akan kita lakukan seberapa segera sebab kita rasa masalah pemindahan kuil ini mesti diselesaikan kalau tidak ini boleh menjadi perkara-perkara yang menjadi isu antara penduduk,” katanya.
Beliau berkata, hasrat memindahkan kuil berkenaan akan diteruskan, tetapi ditangguhkan buat masa ini sambil berharap penduduk tidak menimbulkan ketegangan lagi.
Katanya, ekoran bantahan penduduk dalam sesi dialog pagi tadi, kerajaan negeri terpaksa menilai semula cadangan memindahkan kuil Sri Mariaman itu ke Sekyen 23.
“Kita faham, perkara yang melibatkan agama merupakan isu sensitif. Tetapi kita tidak akan menyapunya ke bawah permaidani (mengelak daripada menyelesaikannya),” katanya.
Sambil menegaskan beliau tidak kecewa dengan insiden ini, Tan Sri Khalid berkata, bantahan itu telah dijangka, berdasarkan tunjuk perasaan yang dibuat oleh penduduk setempat sebelum ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan insiden yang berlaku pagi tadi berpunca daripada salah faham ekoran terdapat anggapan bahawa keputusan telah dibuat, sedangkan perkara itu masih di peringkat cadangan.
“Saya tengok daripada perbincangan yang telah diadakan tadi ada miss information, telah dihasilkan oleh pihak-pihak tertentu, mereka yang datang sudah menganggap pembinaan telah dilakukan, ini memberi gambaran bahawa kita buat tanpa berbincang dengan penduduk, sekiranya mereka mendapat maklumat yang tepat ia tidak akan berlaku,” jelasnya.
Beliau turut menyeru media agar menyampaikan maklumat dengan tepat dan tidak mencetuskan perbalahan dan salah faham penduduk.
Bagaimanapun, Khalid meminta perkara itu tidak dipanjangkan kerana ia telah diselesaikan dengan mencari tapak lain sebagai alternatif.

Friday, September 4, 2009

Kenapa bendera menjadi Mangsanya Dong !


Mari kita lihat sebahagian daripada senario hubungan terkini di antara Malaysia dan Indonesia. Tarian Pendet ditayangkan Discovery Channel menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia. Negara kita dituduh mencuri ‘budaya’ mereka. Sedangkan menurut pengacara program televisyen bual bicara dan penganalisis politik Indonesia, Wimar Witoelar, warga Perancis dan India tidak pernah mengganggu atau menuduh Indonesia mencuri budaya mereka apabila produksi ballet Giselle dan Ramayana dipersembahkan di negara itu.

Apapun, berhubung kesilapan tayangan tarian Pendet, Malaysia pantas memohon maaf sekaligus memberhentikan tayangan klip promo itu. Setakat ini tindakan terbabit dilihat masih tidak diterima baik.

Wednesday, September 2, 2009

Persidangan Dun tetap dijalankan cuma di hotel..



Selepas gagal masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) pagi tadi, para ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh.
Nama ADUN yang telah 'dipecat' atau telah 'meletak jawatan' seperti Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan tiga ADUN yang mengisytiharkan diri sebagai calon bebas, tidak diletak pada meja di situ.ADUN Pakatan duduk di sebelah kanan Speaker V Sivakumar (tempat ADUN parti pemerintah duduk).
Empat lagi ADUN Pakatan tidak kelihatan - tiga ditangkap pagi tadi dan seorang lagi sedang mengerjakan umrah.
Kemudian, dua usul diluluskan dan sidang itu sedang membahaskan usul ketiga.
Usul pertama diluluskan sebulat suara - yang mengesahkan laporan jawatankuasa hak dan kebebasan DUN mengenai:
1. (Speaker BN) Datuk R Ganesan, yang bukan seorang ADUN, yang masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar sewaktu sidang 7 Mei lalu, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker (Sivakumar).
2. (Bekas timbalan speaker) Hee Yit Fong, yang keluar DAP dan didakwa bertindak sebagai speaker, dan mempengerusikan sidang DUN (pada 7 Mei) dan menjalankan pengundian yang memilih Ganesan sebagai speaker.

Pemerintah 'double standard': Rodziah Ismail


SHAH ALAM – Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail mempersoalkan 'double standard' yang diamalkan pemerintah kerana kelihatan hanya menggunakan ISA ke atas pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa menimbulkan isu perkauman seperti mana dilalui Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok tahun lepas.
Bagaimanapun katanya, tiada tindakan dikenakan ke atas pimpinan atau penyokong Barisan Nasional (BN) yang menjurus kepada ketegangan perkauman seperti mana disaksikan dalam perarakan kepala lembu di depan Bangunan SUK pada Jumaat lalu. ”Ini jelas bahawa ISA digunakan oleh pihak pemerintah hanya untuk memburukkan imej pimpinan PR. Untuk menghalalkan penggunaan ISA, pimpinan PR dikaitkan pula dengan isu ketegangan perkauman.
”Maka saya tetap berpegang kepada pendirian bahawa ISA harus dimansuhkan kerana ISA telah memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Dalam Negeri sehingga bertindak secara selektif serta menafikan hak perbicaraan dan hak untuk membela diri seseorang,” katanya. Beliau berharap lipu-tan mengenai isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Sekysen 23 ini tidak teralih daripada masalah pokok, iaitu isu perancangan komuniti yang bakal diselesaikan dalam pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 pada 5 September nanti.
Beliau juga bersedia untuk memberi penjelasan mengenai pendirian pemimpin PR berhubung isu ISA bagi mengelakkan kekeliruan.

SPR putuskan tidak ada kekosongan di Kota Seputeh

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memutuskan tidak ada kekosongan di Dun Kota Seputeh, Kedah walaupun Speaker Dun Kedah memohon pilihan raya diadakan di kawasan itu.
"SPR juga memutuskan bahawa kerusi Adun Kota Siputeh masih disandang oleh Datuk Abu Hassan Sarif yang beliau menangi dalam pilihan raya umum ke-12 yang lepas," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang tadi.
Speaker Dun Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, menghantar surat kepada SPR memaklumkan kekosongan di kerusi itu berikutan kegagalan Adunnya, Dato' Abu Hassan Sharif menghadiri dua kali sidang Dun secara berturut-turut.
Mengikut peraturan dalam Dun Kedah, mana-mana Adun yang gagal menghadiri sidang Dun dua sessi berturut-turut tanpa kebenaran dari Speaker akan hilang kerusinya.
Dalam ulasan spontannya, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, keputusan ini membayangkan sikap sebenar badan yang dikatakan bebas itu.
"Peraturan ini bukannya baru dan dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tetapi peraturan yang telah sedia ada. Nampaknya SPR lebih senang menafikan peraturan ini," kata Salahudin kepada Harakahdaily.
Bagaimanapun, Salahudin tidak terkejut dengan keputusan ini kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah membayangkan tindakan yang perlu diambil oleh SPR sebelum ini.
Abu Hasan Sarif tidak pernah memaklumkan kepada Speaker DUN atau pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tentang ketidakhadiran beliau ke sidang DUN yang diadakan 9 Ogos lalu.
Abu Hassan sendiri tidak hadir pada Sidang Dewan pada 19 April sebelum itu bermakna dia tidak hadir dua kali bertutut-turut.
Menurut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan.
Abdul Isa, Abu Hassan hanya memaklumkan perkara demikian kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Mahdzir Khalid melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Menurut Pengerusi SPR, pihaknya telah meminta nasihat dari Jabatan Peguam Negara sebelum membuat keputusan dalam mesyuarat mereka hari ini.
SPR memutuskan bahawa berdasarkan kepada takrif perkataan consecutive meetings, Mesyuarat Kelima Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah dan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah bukanlah consecutive meetings dalam erti kata Perkara 51.
Sehubungan itu, adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa Abu Hassan tidak hadir dalam dua mesyuarat berturut-turut.
Abdul Aziz berkata, SPR berpendapat "ini adalah kerana mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN berkenaan bukanlah dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal persidangan."
"Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturut-turut bagi dua penggal yang berbeza. Tempoh masa antara penggal persidangan pertama dan penggal persidangan kedua ialah selama tiga bulan 20 hari," katanya.
Kata Abdul Aziz lagi, setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, ia memutuskan bahawa mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN Kota Siputeh bukanlah dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal persidangan dalam erti kata Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman.
Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturut-turut untuk dua penggal yang berbeza, jelas beliau.
"Surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh diterima oleh SPR sebagai penjelasan mengenai ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat Dewan pada 9 Ogos 2009.
"SPR juga mendapati bahawa kegagalan ADUN Kota Siputeh itu menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal (selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2009) tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal.
"SPR berpendapat bahawa sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan. SPR memutuskan bahawa tiada berlaku apa-apa kekosongan pada kerusi Kota Siputeh," katanya.
Sementara itu, Speaker DUN, Abdul Isa akan membuat kenyataan esok mengenainya selepas meneliti alasan yang diberikan oleh SPR.

Monday, August 31, 2009

Kerajaan Negeri Cadang Ibu Tunggal Mengikuti Latihan Kemahiran

Sunday, 30 August 2009
BESTARI JAYA, 30 Ogos - Ibu tunggal di kawasan luar bandar disarankan mengikuti latihan kemahiran yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai usaha menambah pendapatan mereka.
Untuk tujuan itu, Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Negeri Selangor atau INPENS, diberi tanggungjawab menyediakan latihan kemahiran kepada ibu tunggal, khususnya di daerah Kuala Selangor bagi melahirkan usahawan di luar bandar.
Ianya juga selaras dengan agenda kerajaan negeri menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), dalam membantu golongan ini keluar daripada cengkaman kemiskinan.
“Saya juga ingin mencadangkan kalau ibu-ibu tunggal yang boleh mengikut latihan kemahiran saya minta ibu-ibu tunggal mendaftar supaya dia boleh kursus kemahiran. Jadi nak saya terangkan kerana inilah peluang dan kalau negeri Selangor dapat menggunakan semua guna tenaga ini, kita dapat menyelesaikan dua masalah, satu masalah meningkatkan pendapatan rakyat di negeri Selangor kedua kita dapat mengurangkan kita terpaksa gunakan buruh asing yang begitu ramai di Selangor ini”, kata Tan Sri Khalid.
Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal dan Berbuka Puasa di Masjid Al-Awwabin, Bestari Jaya, petang semalam.
Pada majlis itu, 50 penduduk Ijok menerima cermin mata, sumbangan syarikat Vistawave Management.
Manakala 160 ibu tunggal daerah Kuala Selangor menerima sumbangan Hari Raya yang disampaikan isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut.

Sunday, August 30, 2009

Pihak berkuasa perlu tegas tangani isu kuil: PKR


SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menjaga keamanan dengan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang menyalahi undang-undang dan menggugat ketenteraman awam serta hubungan kaum. Ketua Penerangannya, Latheefa Koya berkata, polis Selangor gagal menghalang kejadian penduduk mengarak kepala lembu berkenaan daripada berlaku dengan alasan hanya boleh bertindak sekiranya mendapat laporan terlebih dahulu. Menurutnya, hal ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini. “Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam. Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan penduduk Seksyen 23, di sini yang berarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu di kawasan mereka. Latheefa berkata, tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci. Katanya, beliau percaya bahawa tindakan tersebut satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana tegang “Keadaan ini memberi peluang kepada UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama,” katanya. Bagaimanapun, PKR meminta semua pihak berkenaan bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

ISU MENGARAK KEPALA LEMBU DI SHAH ALAM

Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya. Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam. Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam. Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah.
Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan. Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat. Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi.
Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).
Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.
Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib – polis, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri. Siasatan perlu perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya.
Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya. Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan?
Dr.Muhammad Nur Manuty (dr_manuty@hotmail.com)
PengerusiBiro Pemahaman Dan Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat
30hb.Ogos, 2009

Lagi demo puak UMNgOk..




Atas nama apa mereka melakukan Demostrasi ini.Jika dilakukan atas nama Islam maka kesilapan besar yang mereka lakukan kerana Islam tidak pernah menyuruh ummatnya menghina mana-mana agama.
Firman ALLAH S.W.T: "Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan." Surah al-An'aam:108

Friday, August 28, 2009

Pegawai SPRM dera saksi hingga pengsan?

SHAH ALAM, 28 Ogos: Peguam Gobind Singh Deo memberitahu Inkues kematian Teoh Beng Hock, beliau mempunyai saksi dan bukti pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendera saksinya sehingga pengsan.
Beliau juga mempunyai gambar kecederaan mangsa bagi menyokong laporan polis itu yang dibuat terhadap pegawai SPRM di Tingkat 14 Plaza Masalam.
Gobind berkata demikian dalam inkues di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas.
Menurut Gobind, beliau memohon untuk menyoalbalas saksi ke-19, inkues itu, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini. Ini kerana beliau didakwa salah seorang dari pegawai yang terlibat mendera itu.
Kata Gobind, antara deraan yang diterima pengadu itu adalah dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi.
Ekoran itu, Koroner Azmil menangguhkan inkues ke 8 September untuk membolehkan pegawai SPRM itu menyediakan peguamnya bagi menghadapi soalan-soalan mengenainya.
Gobind adalah peguam bagi pihak keluarga simati, Teoh Beng Hock. _

Pelik, Najib lantik menteri bantu menteri

Friday, August 28, 2009

Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak melantik Dato' Seri Idris Jala sebagai menteri bagi membantu Koh Tsu Koon, yang juga seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat pelik dan mengelirukan.Saya berpendapat bukan satu keperluan untuk melantik seorang pembantu bertaraf menteri kepada seorang menteri yang lain. Ini kerana tindakan seorang menteri melapor kepada bosnya yang juga menteri adalah sesuatu yang agak pelik. "Saya tak faham kenapa Najib lantik menteri untuk 'report' kepada menteri. Kalau lantik sebagai CEO saya tak hairan la. Seorang menteri saya rasa dah cukup. saya tak faham dan tak nampak apa keperluan Koh Tsu Koon lagi disitu,"
Perdana Menteri semalam mengumumkan pelantikan Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.
Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).
Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.
Dia juga akan menjadi timbalan kepada Koh dalam lembaga pemandu dan akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (M-KRAs) dan M-KPI.
Ianya seolah-olah menunjukkan kecelaruan dalam pentadbiran Najib. Pada awal Najib menjadi Perdana Menteri, dia dilihat berusaha mengecilkan kabinet barunya namun pelantikan Idris dilihat sebaliknya.
"Ini kecelaruan dalam kabinet Najib, bagaimana nak capai KPI kalau yang ini pun bercelaru. Dulu kata nak kecilkan kabinet, tapi sekarang tambah lagi seorang menteri,"
Idris adalah Pengarah Urusan dan CEO, Malaysia Airlines yang dilantik pada Disember 2005, selepas syarikat itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.
Sebelum menyertai Malaysia Airlines, Idris berkhidmat selama 23 tahun dengan Shell. Antara 2002 dan 2005, Idris adalah Pengarah Urusan, Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden, Shell Malaysia Gas & Power (Malaysia).
Saya akui kredibiliti Idris khususnya kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu di Shell bagaimanapun mempertikai kemampuan Idris khususnya sewaktu memulihkan keadaan ekonomi MAS.
"Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS sahaja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian akibat kenaikan harga bahan bakar,"
Posted by MahfuzOmar

Thursday, August 27, 2009

Hukuman rotan syariah tidak melukakan - Presiden PAS


Kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat. Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam. Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!