Perbicaraan kes konspirasi kedua, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditunda ke 2 Ogos ekoran peguam utamanya Karpal Singh sedang mendapatkan rawatan di hospital akibat jangkitan paru-paru.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad
Monday, July 19, 2010
Friday, July 16, 2010
Jemputan ke Rumah Sejahtera, Sg Buaya ! Sabtu 17 Julai 2ptg.
semua dijemput
ke majlis sumbangan
Rumah SEJAHTERA
pusat jagaan orang2 tua sg buaya
jam 2ptg-5ptg
hari Sabtu 17 Julai 2010
Sumbangan lain diperlukan!
HUBUNGI 0193291967
DEMO RAKYAT SELANGOR KONON..... DULU HASIL PASIR MASUK KE KANTONG SIAPA?
Demo selamatkan rakyat selangor yang dibuat oleh pemuda selangor nampaknya memakan diri sendiri, mengutuk kerajaan negeri selangor tidak pandai tadbir negeri..kononnya..jahanam pkr, hidup rakyat..
Bagaimana dengan kenaikan harga minyak, gula, tepong hari ini?
Siapa yang tidak pandai tadbir?
Dimasa piliharaya kecil hulu selangor ada pemimpin be end yang memutar belitkan tentang air percuma diberi oleh kerajaan be end, manakala gula naik disebabkan kerajaan baru pakatan rakyat..... memang orang hulu selangor dipatahkan perubahan minda dengan pemimpin yang tidak berilmu..
Nasib baik lah ada suara keadilan, dapatlah sekolah berasrama untuk orang felda, universiti untuk anak felda, dapatlah jumpa menteri turun felda, jika tidak disebabkan isu bangkrup felda oleh suara keadilan, semua ini tidakberlaku...
sumber: www.sas-2008.blogspot.com
Thursday, July 15, 2010
Perlantikan Pembangkang sebagai Pengerusi PAC di DUN Selangor..BN ada berani kaa!
Perlantikan Pembangkang sebagai Pengerusi PAC di DUN Selangor
Persidangan Dewan Negeri Selangor pada kali ini mencipta sejarah bukan sahaja di sejarah politik dan sejarah demokrasi berparlimen Selangor tetapi juga di negara Malaysia.
Selepas menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat yang pertama di Selangor, kini Dewan Negeri Selangor akan mencipta sejarah buat pertama kali berlaku di Malaysia, di mana Dewan akan meluluskan usul untuk melantik wakil daripada Pembangkang sebagai Pengerusi PAC kerana sebelum ini belum ada lagi Dewan Perundangan seperti Dewan Negeri Selangor yang melantik wakil pembangkang sebagai pengerusi PAC.Ini akan menetapkan satu predecence baru dalam sejarah demokrasi berparlimen di Malaysia dan mencerminkan status negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang betul-betul maju, bukan sahaja daripada fizikalnya tetapi juga dari segi sahsiah politiknya kerana ini merupakan kali pertama anggota daripada pembangkang dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam atau nama singkatannya Public Accounts Committee (PAC).
Usul ini juga mencerminkan cita-cita kerajaan Selangor untuk memastikan prinsip keupayaan, kebertanggungjawaban dan beramanah betul-betul diterap ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan bukan retorik semata-mata.
PAC merupakan salah satu jawatankuasa Dewan yang paling penting dan diberi tanggungjawab untuk menyiasat dan menyemak semua penyelewengan jabatan-jabatan kerajaan dan memastikan eksekutif bertanggungjawab terhadap Dewan melalui pengawalan perbelanjaan wang ringgit orang ramai.
Pengerusi PAC yang baru (Mohd Shamsudin bin Lias, gambar kiri) perlu menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama. Beliau harus mengetepikan perbezaan politiknya dan bekerja kuat dengan memartbatkan prinsip ketelusan dan beramanah dalam pentadbiran kerajaan Selangor, yakni cabang eksekutif kerajaan Selangor.Walaupun secara kebiasaannya Ketua Pembangkang yang dilantik menjadi Pengerusi PAC, tetapi kali ini saya difahamkan wakil-wakil daripada pembangkang telah diberi peluang untuk memilih wakil mereka sendiri. Ini menunjukkan keterbukaan Dewan Negeri Selangor dan saya berharap tradisi cemerlang ini dapat diteruskan di dalam Dewan yang Mulia ini biarpun kerajaan bertukar tangan.
Pengerusi PAC yang baru bakal menghadapi cabaran yang lebih besar. Pengerusi baru perlu berusaha untuk membawa perubahan dalam gerak kerja dan fungsi PAC serta menjadikan struktur pentadbiran kerajaan Selangor semakin cekap tanpa mengira siapa yang memegang kerajaan. Pengerusi baru juga perlu memastikan wang ringgit orang awam digunakan dengan sebaik mungkin demi mengelak sebarang bentuk ketirisan.
Saya (Lau Weng San, gambar kanan) turut menggesa anggota-anggota PAC yang lain serta kakitangan kerajaan memberi segala bantuan dan kerjasama yang diperlukan kepada Pengerusi PAC yang baru ini supaya beliau dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Jangan pula Pengerusi PAC datang daripada pembangkang maka beliau dipandang remeh.Negara dan negeri kita sedang mengalami perubahan. Budaya politik lapuk yang mementingkan partisan sudah semakin usang. Keterbukaan, keupayaan, beramanah pula merupakan kata-kata keramat untuk menentukan bangun dan jatuhnya sesebuah negeri.
Saya berharap dengan perlantikan ini, Dewan-Dewan Negeri (termasuk negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat) dan Dewan Rakyat di peringkat Persekutuan akan mengikut jejak langkah Dewan Negeri Selangor ini.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi PAC yang lama, iaitu YB Kajang dan tahniah kepada Pengerusi PAC yang baru, iaitu YB Sungai Burung. Semoga PAC di bawah YB Sungai Burung akan membantu rakyat dan kerajaan Selangor ke arah mercu tanda yang lebih tinggi.
*Ucapan ADUN Kampung Tunku-DAP, Lau Weng San semasa membahas Usul Perlantikan Pembangkang Sebagai Pengerusi PAC pada 14 Julai 2010.
Wednesday, July 7, 2010
Sunday, July 4, 2010
MENGAPA HISHAMUDDIN NAK HAIRAN....
by Anak Sungai Derhaka
Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jika Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, seorang yang bertanggungjawab, beliau akan memberi penjelasan kepada rakyat apa hubungannya dengan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.
Kononnhya menurut Hishamuddin "Kita memang tertanya-tanya, dalam pada kita tercari-cari di mana Raja Petra, semalam kita lihat gambar Zaid bersamanya, jadi siapa sebenarnya di belakang Raja Petra?
Aku rasa yang tertanya-tanya dimana Raja Petra sekarang hanyalah Hishamuddin seorang kerana kebanyakkan rakyat Malaysia yang mengikuti Malaysia Today telah tahu yang Raja Petra kini berada di England setelah beliau menyiarkan gambarnya dihadapan Scotland Yard beberapa bulan yang lalu..
Dan Dato Zaid Ibrahim juga telah menjelaskan kepada kita akan hubungannya dengan Raja Petra, sebagai kawan. Kawan yang tidak meninggalkan kawan yang berada didalam kesusahan, sila baca di SINI
Hishammuddin juga berkata pihak berkuasa tidak mempunyai laporan bagaimana Raja Petra ke luar negara sedangkan pasportnya telah diserahkan.
"Apa pasport yang dia guna pun kita tak tahu. Kalau nak bawa dia balik dari England pun, kita kena bekerjasama dengan polis UK (United Kingdom) tapi sekarang ni jelas mereka tidak akan bekerjasama dengan kita," katanya.
Apa yang nak dihairankan Hishamuddin ooiii... Rakyat Indonesia, Rakyat Bangladesh, Rakyat Thailand, Rakyat Myanmar dan lain -lain negara ramai yang boleh masuk dan bekerja secara haram di Malaysia ini.. kalau beribu-ribu orang tu boleh keluar dan masuk begitu mudah.. Raja Petra dan Keluarganya apalah sangat..
Nampak tak siapa dibelakang Raja Petra??

Saturday, July 3, 2010
Tips bila marah
Rasulullah sebut ketika seorang lelaki itu meminta nasihat kepada dirinya, lalu Baginda hanya menyebut “jangan marah”. Ianya direkodkan di dalam Sahih Bukhari. Perkataan Baginda tersebut bukan hanya ditujukan kepada lelaki itu tetapi juga kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad.
Ada beberapa pengajaran yang baik di dalam kisah dan hadith tersebut :
Pertama : Kembali kepada Allah dengan berdoa. Ini kerana Allah sahaja boleh menolong kita redha dari kemarahan tersebut.
Kedua : Sebut “A’UZUBILLAHI MINASSYAITONIRRAJIM” yang maknanya aku berlindung dengan ALlah dari Syaitan yang direjam!” Kalimah ini diajar di dalam hadith baginda yang lain.
Apabila kita semakin marah, syaitan gelakkan kita tanda dia sudah berjaya masuk di dalam saluran darah kita dengan banyak. Tak mustahil, orang-orang yang kerasukan juga ada kaitan dengan masalah peribadi sehingga menyebabkan tidak dapat mengawal diri, tidak dapat mengawal tekanan dan pelbagai masalah yang tidak selesai sehingga membuatkan unsur-unsur lain ‘terjah’ ke dalam diri.
Ketiga : Ujian dari Allah. Marah itu juga sebagai kayu ukur ujian samada kita ini benar-benar hamba yang bertaqwa kepada Allah atau kita main layan sahaja perasaan marah sehingga orang yang beristeri boleh menceraikan isterinya, anak yang kecil sanggup dibelasah, muka yang cantik sanggup dilukakan hanya kerana MARAH.
Keempat : Berhenti dari bercakap apabila marah dan tukarkan kedudukan anda. Ini adalah tips yang paling banyak dipakai oleh pakar motivasi. Sebenarnya jelas-jelas diambil dari hadith Baginda Rasulullah. Kalau tak percaya, cuba cari kitab RIYADUSSOLIHIN karangan Imam Nawawi dan carilah sendiri! Tentu anda terkejut, teks itu adalah berpunca dari mulut Baginda Rasulullah. Hadithnya :
( إذا غضب أحدكم وهو قائم فليجلس ، فإن ذهب عنه الغضب وإلا فليضطجع ) رواه أبو داود .
“Apabila seseorang itu marah, dia hendaklah duduk jika dia dalam keadaan berdiri, jika tidak, baringlah ia” [Riwayat Abu Dawud]
Kelima : Bertafakkur punca-punca kemarahan tersebut
Keenam : Latih diri bertenang dan cuba senyum kembali. Pastikan akhirnya anda berwudhu menghilangkan terus kemarahan tersebut.
Wallahua’lam

Subscribe to:
Posts (Atom)