Bahawa
asal usul bagi keturunan orang Melayu itu bermula daripada campuran
bangsa dari pelbagai kelompok manusia lelaki dan perempuan yang
berbagai-bagai bangsa yang bersuku-puak supaya mudah berkenalan di
antara satu dengan yang lain yang dijadikan oleh Allah.
Firman Allah Ta’ala surah Al-Hujurat; ayat 13:
Mafhumnya:
“Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan
bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra, berhubung
silaturahim antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia
kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih Taqwanya di antara kamu (bukan
yang lebih keturunan atau bangsanya) Sesungguhnya Allah amat
mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan
kamu).”
Bangsa
terdahulu, orang-orang Hijaz dan bangsa itu menerima Agama Islam dan
kekalkan bangsa itu bangsa beragama, maka Agama Islam diletakkan pada
diri bangsa-bangsa seumpama itu. Firman Allah Ta’ala surah Al-Hujurat;
ayat 14:
Mafhumnya:
“Bangsa
terdahulu, orang-orang Hijaz, berkata: Kami telah beriman; Katakanlah
(wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (jangan berkata demikian) tetapi
sementara Iman belum lagi meresap masuk dalam hati kamu, berkatalah
sahaja: Kami telah Islam (kami telah tunduk menyerah diri, tidak melawan
dan tidak menentang) dan (ingatlah) jika kamu taat kepada Allah dan
RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun
dari pahala amal kamu, kerana sesungguhnya Allah amat pengampun, lagi
amat mengasihani.”
Maka
mana-mana bangsa yang menjadikan huruf Jawi Qadim (Al-Quran) bahasa
utama bagi loghat mereka itu iaitu Bahasa Arab, maka orang-orang itu
sahaja yang disifatkan “Ahli Jawi Qadim”.
Ahli
Jawi Qadim menamakan bangsa-bangsa Hijaz yang lain atau bangsa baru
(A’jam) dan bangsa itu menerima Agama Islam, maka jadilah bangsa itu
bangsa beragama. Agama Islam yang diletakkan pada diri bangsa-bangsa
seumpama itu yang dimaksudkan “Ahli Jawi Jadid” yang disifatkan: Ahli
Jawi Bangsa Kebangsaan Berpegang Teguh Agama Islam.
Bangsa Melayu adalah berasal dari campuran pelbagai bangsa atau kelompok keturunan manusia terdahulu seumpama: Monggol, Arab, Parsi, China, India
dan lain-lain yang mendiami di Wilayah Atas Angin dan Bawah Angin di
Negeri Kedah Tua. Peristiwa ini berlaku pada tahun 531Hijrah
(1136Masihi) di Istana Bukit Meriam, Kota Kuala Muda kepada Raja Pertama
di Alam Melayu meletakkan kepercayaan dan jaminan asas pendirian ilmu
dan amalan hidup dan kehidupan berpegang teguh kepada Agama Islam
melalui Talqin kepada seorang guru Mursyid wasilah teguh kepada tali
Murabbi di Kurun akhir zaman.
Nama
Baginda ditukar kepada Raja Muzaffar Shah, kemudian Baginda bersama
Gurunya menyampaikan seruan kepada Pembesar Istana dan rakyat jelata
meninggalkan dengan jazam yang putus segala kepercayaan asal keturunan
nenek moyang mereka itu dan mengikut jejak langkah seumpama Baginda,
kemudian mengislamkan secara massal bagi mereka itu menanggung beban
Agama Islam yang terkandung dalam Kalimah Taqwa menjadi Asas Pendirian
hidup dan kehidupan. Dengan yang demikian itu, maka terkumpullah satu
kelompok manusia Agong pada awalnya disebut sebagai: Ahli Jawi Jadid.
Di
atas kehendak Allah yang mengurniakan petunjuk kepada hambanya Sayyid
Sheikh Abdullah Al-Qumairi Guru Mursyid Baginda Tuanku Raja Muzaffar
Shah lalu diambil oleh Gurunya kalimah Arab مِـلاَيــُـو diberi nama kepada Ahli Jawi Jadid yang membawa maksud: “Kelompok keturunan Manusia Agong”, dan perkataan مِـلاَيــُو
yang dibangsakan kepada Melayu dengan baris di Bawah (kasrah) huruf Mim
atau baris di Atas (fathah) dan baris Depan (dhammah) huruf Ya’.
Kalimah “Melayu” di mana mereka menyebut mengikut bacaan huruf Rumi
“Melayu” maka nama Melayu itu hanya diguna pakai kepada bangsa keturunan
ini sahaja setelah mereka menerima Agama Islam menjadi asas pendirian
hidup dan kehidupan sehingga qiamat.
Maka
kalimah “Melayu” ini jika ditujukan kepada individu dipanggil “Orang
Melayu”, jika kepada kumpulan dipanggil “Bangsa Melayu”, jika kepada
negeri dipanggil “Negeri Melayu”, jika kepada Raja dipanggil “Raja
Melayu”, jika kepada negara dipanggil “Persekutuan Tanah Melayu”, jika
kepada semenanjung dipanggil “Semenanjung Tanah Melayu”, jika kepada
gugusan dipanggil “Gugusan Selat Kepulauan Melayu” dan jika kepada dunia
dipanggil “Alam Melayu” sehingga terbentuk di dunia sebuah empayar Alam
Melayu yang kuat dan kukuh berkuasa lebih daripada 500 tahun.
Bangsa
Melayu menjadikan huruf Jawi Arab yang ditambah titik pada huruf-huruf
tertentu dan kekalkan bahasanya sebagai bahasa utama bagi mereka itu
ialah Bahasa Melayu, adalah satu bahasa yang paling ringan dan mudah
daripada bahasa-bahasa penduduk-penduduk Wilayah Jawi Qadim, maka dengan
sebab itu kebanyakan orang-orang Hijaz dan Arab dahulu menggunakan
bahasa Melayu Bahasa Kedua dalam pergaulan antarabangsa.
Sumber:::: http://wargamelayu.blogspot.com