Saturday, May 26, 2012

Skandal KLIA2 berbillion bebankan rakyat, menteri sibuk jual no plat kereta WWW

Yang dituntut oleh rakyat ialah penyelesaian skandal KLIA2 yang bernilai RM3.9 billion, skandal RM12.5 billion PKFZ dan skandal RM12.49 bilion lebihan kos projek landasan keretapi berkembar EDTP.


Tetapi yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha ialah mendabik dada kerana berjaya menjadi penjual nombor plat kenderaan WWW.

Inilah kehebatan seorang Menteri dari MCA dan Barisan Nasional yang diamanahkan oleh negara untuk menjaga kepentingan rakyat, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

“Rakyat Malaysia tidak perlukan seorang Menteri Pengangkutan yang cuma berminat melaporkan jumlah lelongan nombor plat WWW daripada menyelesaikan isu besar yang dihadapi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Kong tidak berwibawa kerana gagal melindungi dan mempertahankan kepentingan awam melibatkan isu skandal berbilion ringgit, sebaliknya, beliau telah mengadakan beberapa sidang akhbar bagi mengumumkan nilai rekod bidaan tertinggi bagi plat kenderaan WWW yang mencecah RM11.3 juta seperti mana yang dilaporkan Bernama.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berlata, Kong sepatutnya menjelaskan kepada rakyat tentang kenaikan mendadak nilai “terminal kos rendah” KLIA2 dari RM1.7 billion pada 2007 kepada RM3.9 billion tahun lalu adalah akibat penukaran tapak KLIA2 ke kawasan paya gambut.

“Walaubagai mana pun, kenaikan RM2.2 billion tersebut yang membebankan rakyat dijawab Kong yang hanya berkata ‘saya tidak mempunyai jawapan kerana keputusan tersebut tidak dibuat oleh Kementerian Pengangkutan’, ” tambah beliau.



Sunday, May 20, 2012

RIBUAN HADIR DI PADANG KOTA LAMA UTK MAJLIS ILMU..

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - (Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud) GEORGETOWN: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012. Ia diikutiwacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman. Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing

KELANTAN MENANG PIALA FA.KALAHKAN SIME DARBY 1-0



KELANTAN muncul juara baru Piala FA dengan menumpaskan KL Sime Darby 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi. Pasukan itu yang gagal dalam dua percubaan sebelum ini muncul juara untuk menjulang piala baru persaingan FA malam ini. KL Sime Darby ketinggalan 0-1 apabila Kelantan menjaringkan gol pertama pada minit ke-57 menerusi tentangan penalti - dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar. Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama dalam perlawanan akhir Piala FA yang sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Saturday, May 19, 2012

Kelantan boleh jadi Brunei jika diberi royalti minyak...

Brunei Darussalam menduduki tangga kelima senarai 182 negara paling kaya di dunia hasil daripada kekayaan sumber minyak dan gas asli negara itu yang menyumbang pendapatan per kapita sebanyak AS$48,000 (RM144,581). Menurut majalah Forbes menerusi laporan dalam taliannya, kedudukan negara terkaya di dunia dinilai berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli. Forbes turut menggunakan data yang dikumpulkan dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bermula 2010 hingga yang terbaru

Wednesday, May 16, 2012

BILA-BILA MASA PRU13 AKAN DIADAKAN ~ SAIFUDDIN


SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa dan tidak akan memboikotnya walaupun diadakan dalam waktu terdekat. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua jenteranya sudah lama membuat persiapan untuk bertanding dalam PRU13. Menurutnya, PKR khususnya dan PR amnya, akur dengan tarikh PRU13 walaupun mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum telus dalam menjalankan tugas mereka sebagai badan berkecuali.

ZAHIDA TERIMA DUIT DARI SHAFIE ~ PEMANDU MENTERI

*PETALING JAYA:* Bekas pemandu seorang artis popular, Noor Azman Azemi *(gambar dua dari kanan)* memberitahu beliau pernah diarah membawa wang tunai berjumlah RM1 juta untuk diberikan kepada artis tersebut. Beliau juga mendakwa setiap kali pertemuan antara artis itu dengan seorang menteri, artis itu akan diberikan paling sedikit RM100 ribu. Menurutnya lagi, beliau tampil mengadakan sidang media hari ini kerana mahu membersihkan namanya yang dituduh melarikan RM200 ribu wang artis itu yang juga bekas majikannya.

Tuesday, May 15, 2012

nape senaman bontot dibuat depan rumah Amiga?

'Senaman punggung' depan kediaman Ambiga BEGINIKAH MORAL BEKAS TENTERA? MEMALUKAN... Sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi ini. [image: Ia disertai kira-kira 15 orang yang mengaku sebagai bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM). Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata, senaman itu diadakan untuk menyampaikan bantahan terhadap Ambiga, yang dianggap mereka 'musuh negara yang cuba merosakkan nama negara'.

Monday, May 14, 2012

Ling Liong Sik ~ Selangor milik Pakatan Rakyat


BN boleh lupakan saja S'gor, kata Liong Sik
Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata Ling.

"Secara umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang (kerajaan negeri).

"Pilihan raya umum kali ini adalah amat sukar bagi BN, sangat sukar. Saya fikir BN masih boleh menang kerana kerajaan telah membelanjakan wang bawah macam-macam nama. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Ramalan Ling bercanggah dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang berkata minggu lepas bahawa BN bukan sahaja akan memperolehi semula majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi juga akan merampas Selangor, Kedah dan Kelantan.

Selepas menerajui MCA selama 17 tahun (1986-2003), Ling - yang paling lama menjadi presiden parti itu - berpendapat bahawa penanda aras bagi BN untuk mengisytiharkan kemenangan adalah dengan mendapatkan semula majoriti dua pertiga.

BNONEerbeza dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ling jarang mengulas mengenai politik dan hal ehwal parti itu sejak bersara daripada politik pada tahun 2003.

Ditanya pandangannya mengenai Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua
Soi Lek (kanan), Ling menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak dan lantang tetapi malangnya dicemari oleh skandal DVD seks.

"Saya harap orang Cina boleh memberi respons yang positif kepada usaha Chua, tetapi dia mempunyai DVD...," Ling dipetik berkata.

SELEPAS 14 MEI, ROSMAH TERUS BERTEKA TEKI


Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi.

Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei  ini.
Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu.

Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Royal Charter kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.
Jadi Parlimen mungkin dibubarkan selepas 25 Mei iaitu selepas Najib balik dari London. Ternyata Najib hanya mengacah ahli Umno Jumaat lepas dengan reaksinya seolah-olah mahu membubarkan Parlimen hari ini. 

Sunday, May 13, 2012

pru13 makin hampir.....

SHAH ALAM - Selepas spekulasi lebih setahun, mengambil kira ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 kelmarin, teka-teki terbaru menyebut Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, esok, untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen. Malah, laporan-laporan blog dan SMS disebar luas mengatakan Parlimen akan dibubarkan Selasa ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 26 Mei dan diikuti dengan tarikh pengundian pada 9 Jun 

Friday, May 11, 2012

BERSAMA DS ANWAR IBRAHIM @11MEI'12 JUMAAT 9 MLM ~PADANG BOLASEPAK BKT BERUNTUNG (BELAKANG ESSO)

Kepada teman-teman sila ke Padang Bolasepak Bkt Beruntung (belakang stesyen minyak ESSO) selepas tol Bkt Brtg ambik kanan dan terus kekiri selepas Petronas dan Esso....


Himpunan malam ini adalah gerakerja kaum India yang menjadi penyokong dan pendokong PKR dari tahun 2002 lagi... Insyallah selepas pertemuan dgn penyokong di Dataran Sg Tenggi, DS Anwar akan bersama dgn seluruhh warga Bukit Beruntung, Bkt Sentosa, dari Sg Choh hingga ke Batang Kali, Kalumpang, Hulu Bernam.... Sila datang beramai-ramai...Parlimen Hulu Selangor adalah milik Pakatan Rakyat! Pengundi baru 15000 telah dikenalpasti... Pilih lah calon tempatan kita !

Wednesday, May 9, 2012

PUAK UMNO-BEEND TIMBUL KECUH BILA CHEGU BARD BUAT LAPORAN POLIS

Tindakan kumpulan Umno-BN menimbulkan kekecohan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tempoh hari menyerlahkan sikap parti itu sebagai politik lama lagi tua yang gagal berhujah, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.


Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, keputusannya menyerahkan memorandum yang mewakili 29 pertubuhan lain kepada polis adalah bagi mendesak mereka menahan anggota yang melakukan rusuhan ke atas orang awam semasa perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.