Seramai lebih 100 peserta remaja menghadiri kem remaja anjuran kerajaan negeri selangor di bawah exco pendidikan, pendidikan tinggi dan modal insan di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam pada 24 sehingga 25 Julai 2010 yang lalu. Peserta di pilih dari kawasan parlimen Hulu Selangor dan DUN Pelabuhan Klang dengan bantuan Pusat-pusat khidmat rakyat berkenaan.
Menurut Kordinator Pembangunan Modal Insan Dun Batang Kali, Shaiful Anuar Sulaiman (gambar), program ini yang di adakan dari masa kesemasa adalah sebahagian dari usaha kerajaan negeri Selangor untuk mendidik peserta mengukuhkan asas dalaman diri masing-masing. Selain dari itu, ianya akan juga melahirkan masyarakat berilmu dan beriman dimana mereka akan menggunakan ilmu tersebut di landasan yang sepatutnya.
"Kursus ini berlangsung selama dua hari satu malam dan peserta dilihat bersungguh-sungguh dan ceria melakukan aktiviti yang dijadualkan"
Program ini merupakan permulaan kepada peserta ini untuk memahami konsep Spies sebelum menyertai kursus kemantapan seterusnya. Sepanjang kursus tersebut, pendekatan yang digunakan seperti ceramah dan tanyangan media telah membantu dalam proses memahami Spies. Lima elemen Spies, spritual, fisikal, inteklektual, emosional dan sosial ini akan mendidik peserta mengukuhkan asas dalam diri mereka, melatih ketahanan fisikal supaya senantiasa cergas dan sihat membawa kepada kecerdasan intelek bagi melahirkan remaja yang berwawasan. Kursus ini kelak dapat membantu remaja mengamalkan sikap kerjasama berkumpulan bagi melahirkan generasi cemerlang.

Selepas menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat yang pertama di Selangor, kini Dewan Negeri Selangor akan mencipta sejarah buat pertama kali berlaku di Malaysia, di mana Dewan akan meluluskan usul untuk melantik wakil daripada Pembangkang sebagai Pengerusi PAC kerana sebelum ini belum ada lagi Dewan Perundangan seperti Dewan Negeri Selangor yang melantik wakil pembangkang sebagai pengerusi PAC.
Pengerusi PAC yang baru (Mohd Shamsudin bin Lias, gambar kiri) perlu menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama. Beliau harus mengetepikan perbezaan politiknya dan bekerja kuat dengan memartbatkan prinsip ketelusan dan beramanah dalam pentadbiran kerajaan Selangor, yakni cabang eksekutif kerajaan Selangor.
Saya (Lau Weng San, gambar kanan) turut menggesa anggota-anggota PAC yang lain serta kakitangan kerajaan memberi segala bantuan dan kerjasama yang diperlukan kepada Pengerusi PAC yang baru ini supaya beliau dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Jangan pula Pengerusi PAC datang daripada pembangkang maka beliau dipandang remeh.





.jpg)