Friday, February 19, 2010

KARPAL SINGH NAIK HANGIN SATU BADAN TAK SABAR SOALBALAS SAIFUL BUKHOIRI.. ALASAN HAKIM NAK TUNGGU KEPUTUSAN RAYUAN STATUS HAKIM

Mahkamah menangguhkan kes perbicaraan liwat Saifol kepada 25 Mac 2010. Di bantah oleh peguam Anwar iaitu Karpal Singh yang mungkin rasanya tidak sabar-sabar untuk menyoal balas saksi utama iaitu Saiful sendiri.
Alasan tuan hakim menangguhkan perbicaraan kes ini supaya boleh dirayu keputusan beliau yang tidak mahu mengundurkan diri dari menjadi hakim bagi perbicaraan kes ini.
Hangin satu badan nampaknya si Karpal ini wahai tuan-tuan.
Gua plak syak, kalau di soal si Saiful tu sekarang makin nampak pecah tembelang kot. Maklumlah kena soal ngan team sendir pun kucar-kacir apatah lagi kena soal dengan pihak lawan. Di buatnya si Saiful tu tersasul dalam jawapan.....
Pergh..... gua tak boleh bayangkan bagaimana situasinya akan terjadi. Kot soal Anwar mungkin tarak hal. Kes yang dulu pun takda masalah cuma hakim dan pendakwa aje yang kucar-kacir.
Sekurang-kurangnya mungkin nak bagi Saifol bertapa dulu kasi mantap ilmu jawab-jawab di dada.
Dia ni namanya Saiful Bukhari ke Saiful Bukhoiri?

Sunday, February 7, 2010

Dr Tan Yee Kiew - Kenyataan Nasir Safar Tanda Gagal 1Malaysia

Kenyataan rasis Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan tanda kegagalan konsep dan pelaksanaan projek “1Malaysia” yang telah menelan berjuta-juta ringgit duit rakyat.
Haruslah jelas bahawa orang kanan Perdana Menteri itu telah mengeluarkan kenyataan tersebut dalam satu seminar “1Malaysia” di mana ianya merupakan satu program rasmi yang bertujuan untuk menerangkan konsep “1Malaysia”.Adalah munasabah pihak penganjur menjemput Nasir untuk berucap dalam seminar tersebut atas nama pegawai khas kepada Perdana Menteri yang cukup layak untuk menjelaskan ide baru pentadbiran Najib itu.
Maka kenyataan rasis Nasir itu menunjukkan kegagalan pucuk pimpinan Barisan Nasional, khususnya Najib sendiri dalam menterjemahkan konsep “1Malaysia” ke dalam realiti masyarakat majmuk Malaysia.
Hari ini Najib terpaksa menerima hakikat bahawa orang kanannya sendiri pun tidak memahami ataupun bersetuju dengan konsep yang diwar-warkan olehnya sendiri, apatah lagi seluruh jentera pelaksana dan barisan pimpinan BN.
Hakikatnya konsep “1Malaysia” di dalam papan iklan, siaran radio dan televisyen, program indoktrinasi seperti seminar dan forum, dan papan tanda klinik kesihatan lebih bersifat kepentingan hiasan tingkap yang menghabiskan wang rakyat, dan bukannya kepentingan rakyat secara keseluruhan.
Kini Nasir telah melepaskan jawatannya bagi menjaga imej Perdana Menteri. Namun Parti Keadilan Rakyat yakin rakyat akan menyokong perubahan dasar yang sebenar sepertimana dilakukan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, dan bukannya perubahan slogan yang kosong.

Dr Tan Yee Kiew
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat

Wednesday, February 3, 2010

ANWAR IBRAHIM – KONSPIRASI NOMBOR DUA

Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.
Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.

Monday, February 1, 2010

DS ANWAR - BN GUNA TAKTIK BARU UMPAN YB PAKATAN RAKYAT

Barisan Nasional menggunakan taktik baru untuk memancing ahli parlimen pakatan rakyat meninggalkan parti masing-masing.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, datuk seri Anwar Ibrahim berkata, wakil Barisan Nasional kini menggalakkan ahli-ahli PKR yang dipercayai tidak puas hati dengan beberapa isu dalam parti supaya menyertai parti ketiga.
Beliau menamakan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat dr jamaluddin jarjis sebagai orang tengah atau broker memancing bekas timbalan ketua Keadilan Pahang, Azan Ismail supaya menyertai Parti Cinta Malaysia atau PCM.
Pada masa yang sama wakil PCM juga cuba memujuk ahli parlimen Keadilan Balik Pulau Yusmadi Yusuf supaya menyertai parti baru itu.
Azan Ismail yang juga ahli parlimen PKR bagi kerusi Indera Mahkota mengumumkan peletakan jawatan sebagai timbalan ketua PKR Pahang kerana berseliseh pendapat dengan kepemimpinan negeri.
Anwar percaya barisan nasional berusaha memujuk wakil-wakil rakyat PKR dan mungkin parti kerabat Pakatan Rakyat bagi meninggalkan parti masing-masing sebelum sambutan Tahun Baru Cina dua minggu lagi.