Monday, August 31, 2009

Kerajaan Negeri Cadang Ibu Tunggal Mengikuti Latihan Kemahiran

Sunday, 30 August 2009
BESTARI JAYA, 30 Ogos - Ibu tunggal di kawasan luar bandar disarankan mengikuti latihan kemahiran yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai usaha menambah pendapatan mereka.
Untuk tujuan itu, Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Negeri Selangor atau INPENS, diberi tanggungjawab menyediakan latihan kemahiran kepada ibu tunggal, khususnya di daerah Kuala Selangor bagi melahirkan usahawan di luar bandar.
Ianya juga selaras dengan agenda kerajaan negeri menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), dalam membantu golongan ini keluar daripada cengkaman kemiskinan.
“Saya juga ingin mencadangkan kalau ibu-ibu tunggal yang boleh mengikut latihan kemahiran saya minta ibu-ibu tunggal mendaftar supaya dia boleh kursus kemahiran. Jadi nak saya terangkan kerana inilah peluang dan kalau negeri Selangor dapat menggunakan semua guna tenaga ini, kita dapat menyelesaikan dua masalah, satu masalah meningkatkan pendapatan rakyat di negeri Selangor kedua kita dapat mengurangkan kita terpaksa gunakan buruh asing yang begitu ramai di Selangor ini”, kata Tan Sri Khalid.
Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal dan Berbuka Puasa di Masjid Al-Awwabin, Bestari Jaya, petang semalam.
Pada majlis itu, 50 penduduk Ijok menerima cermin mata, sumbangan syarikat Vistawave Management.
Manakala 160 ibu tunggal daerah Kuala Selangor menerima sumbangan Hari Raya yang disampaikan isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut.

Sunday, August 30, 2009

Pihak berkuasa perlu tegas tangani isu kuil: PKR


SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menjaga keamanan dengan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang menyalahi undang-undang dan menggugat ketenteraman awam serta hubungan kaum. Ketua Penerangannya, Latheefa Koya berkata, polis Selangor gagal menghalang kejadian penduduk mengarak kepala lembu berkenaan daripada berlaku dengan alasan hanya boleh bertindak sekiranya mendapat laporan terlebih dahulu. Menurutnya, hal ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini. “Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam. Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan penduduk Seksyen 23, di sini yang berarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu di kawasan mereka. Latheefa berkata, tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci. Katanya, beliau percaya bahawa tindakan tersebut satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana tegang “Keadaan ini memberi peluang kepada UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama,” katanya. Bagaimanapun, PKR meminta semua pihak berkenaan bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

ISU MENGARAK KEPALA LEMBU DI SHAH ALAM

Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya. Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam. Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam. Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah.
Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan. Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat. Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi.
Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).
Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.
Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib – polis, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri. Siasatan perlu perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya.
Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya. Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan?
Dr.Muhammad Nur Manuty (dr_manuty@hotmail.com)
PengerusiBiro Pemahaman Dan Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat
30hb.Ogos, 2009

Lagi demo puak UMNgOk..




Atas nama apa mereka melakukan Demostrasi ini.Jika dilakukan atas nama Islam maka kesilapan besar yang mereka lakukan kerana Islam tidak pernah menyuruh ummatnya menghina mana-mana agama.
Firman ALLAH S.W.T: "Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan." Surah al-An'aam:108

Friday, August 28, 2009

Pegawai SPRM dera saksi hingga pengsan?

SHAH ALAM, 28 Ogos: Peguam Gobind Singh Deo memberitahu Inkues kematian Teoh Beng Hock, beliau mempunyai saksi dan bukti pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendera saksinya sehingga pengsan.
Beliau juga mempunyai gambar kecederaan mangsa bagi menyokong laporan polis itu yang dibuat terhadap pegawai SPRM di Tingkat 14 Plaza Masalam.
Gobind berkata demikian dalam inkues di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas.
Menurut Gobind, beliau memohon untuk menyoalbalas saksi ke-19, inkues itu, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini. Ini kerana beliau didakwa salah seorang dari pegawai yang terlibat mendera itu.
Kata Gobind, antara deraan yang diterima pengadu itu adalah dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi.
Ekoran itu, Koroner Azmil menangguhkan inkues ke 8 September untuk membolehkan pegawai SPRM itu menyediakan peguamnya bagi menghadapi soalan-soalan mengenainya.
Gobind adalah peguam bagi pihak keluarga simati, Teoh Beng Hock. _

Pelik, Najib lantik menteri bantu menteri

Friday, August 28, 2009

Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak melantik Dato' Seri Idris Jala sebagai menteri bagi membantu Koh Tsu Koon, yang juga seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat pelik dan mengelirukan.Saya berpendapat bukan satu keperluan untuk melantik seorang pembantu bertaraf menteri kepada seorang menteri yang lain. Ini kerana tindakan seorang menteri melapor kepada bosnya yang juga menteri adalah sesuatu yang agak pelik. "Saya tak faham kenapa Najib lantik menteri untuk 'report' kepada menteri. Kalau lantik sebagai CEO saya tak hairan la. Seorang menteri saya rasa dah cukup. saya tak faham dan tak nampak apa keperluan Koh Tsu Koon lagi disitu,"
Perdana Menteri semalam mengumumkan pelantikan Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.
Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).
Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.
Dia juga akan menjadi timbalan kepada Koh dalam lembaga pemandu dan akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (M-KRAs) dan M-KPI.
Ianya seolah-olah menunjukkan kecelaruan dalam pentadbiran Najib. Pada awal Najib menjadi Perdana Menteri, dia dilihat berusaha mengecilkan kabinet barunya namun pelantikan Idris dilihat sebaliknya.
"Ini kecelaruan dalam kabinet Najib, bagaimana nak capai KPI kalau yang ini pun bercelaru. Dulu kata nak kecilkan kabinet, tapi sekarang tambah lagi seorang menteri,"
Idris adalah Pengarah Urusan dan CEO, Malaysia Airlines yang dilantik pada Disember 2005, selepas syarikat itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.
Sebelum menyertai Malaysia Airlines, Idris berkhidmat selama 23 tahun dengan Shell. Antara 2002 dan 2005, Idris adalah Pengarah Urusan, Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden, Shell Malaysia Gas & Power (Malaysia).
Saya akui kredibiliti Idris khususnya kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu di Shell bagaimanapun mempertikai kemampuan Idris khususnya sewaktu memulihkan keadaan ekonomi MAS.
"Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS sahaja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian akibat kenaikan harga bahan bakar,"
Posted by MahfuzOmar

Thursday, August 27, 2009

Hukuman rotan syariah tidak melukakan - Presiden PAS


Kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat. Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam. Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Tuesday, August 25, 2009

APA KATA BN BILA MASIH TIDAK MENANG DLM PRK PERMATANG PASIR ...

Keputusan pilihanraya kecil N11 Dun Permatang Pasir berpihak kepada Pas yang menang dengan majoriti 4,551 undi.Tahniah buat seluruh tenaga kerja serta penyokong Pakatan Rakyat memenangkan calon Pas, Ustaz Salleh Man.Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pengundi Permatang Pasir yang telah membuat pilihan yang bijak dan tepat di dalam bulan mulia Ramadhan ini.
Keputusan Rasmi Prk N11 Permatang Pasir
Mohd Salleh Man (PAS) : 9618
Rohaizat Othman (BN) : 5067
Majoriti : 4551
Undi Rosak : 83J
umlah keluar Mengundi ; 14,832 (73.1 %)

Friday, August 21, 2009

SURAT MISTERI TERBONGKAR ????

Malaysia Today membuat kejutan dengan artikel yang berjudul “The shit has hit the fan”. Tiada sebarang tulisan daripada penulis, hanya “artikel” yang di-”scan” dan ditampal pada ruang kolum tersebut. ?Baca: The shit has hit the fan !!
Minda Rakyat cuba mendapat pengesahan daripada Gobind Singh Deo, peguam yang menyerahkan “surat misteri” dalam inkues Teoh Beng Hock semalam, sama ada apa yang tersiar itu adalah kandungan asal “surat misteri”, namun dibalas dengan smsnya berbunyi, “Can’t comment.”
Yang berikut adalah teks asal yang disiarkan di Malaysia Today:
KEGIATAN RASUAH, SALAHLAKU DAN PENYELEWENGAN PEGAWAI ATASAN SPRM SELANGOR.
Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa kami pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasa terpanggil untuk mendedahkan tentang salahlaku dan amalan rasuah seorang Pegawai Atasan SPRM iaitu TIMBALAN PENGARAH (TP) SPRM Selangor yang bernama PKPj I HISHAMUDDIN BIN HASHIM yang mana ianya adalah bersangkutan dengan kes TEOH BENG HOCK dan kes yang melibatkan pemilikan rumah banglo DATO’ SERI DR MOHAMAD KHIR BIN TOYO di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
2. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP sememangnya terlibat secara langsung dengan siasatan kes penyelewengan dana Kerajaan Negeri Selangor bagi peruntukan YB Ean (Adun Seri Kembangan). Penglibatan beliau bukan hanya untuk arahan rasmi sahaja, bahkan beliau juga memberikan arahan kepada pegawai bawahan untuk mencari sedaya mungkin tentang kesalahan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau bertindak sedemikian adalah kerana beliau ada membuat pakatan dengan Khir Toyo untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor sekarang. Ekoran daripada tindakan beliau yang gelojoh, maka kematian Teoh Beng Hock telah terjadi. Timbul beberapa persoalan yang mencurigakan kepada kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia tentang macammana Teoh Beng Hock boleh mati. Kami semua mengesyaki TP yang bertanggungjawab dengan kematian Teoh Beng Hock berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
i) TP telah memberikan arahan kepada semua pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi itu, untuk tidak melibatkan beliau langsung dalam kes ini. Sebenarnya beliaulah yang memberikan semua arahan di dalam operasi ini dan juga operasi-operasi lain di SPRM Selangor. Sebenarnya beliau takut untuk dikaitkan kerana ini boleh merungkaikan komplot beliau dengan Khir Toyo.
ii) Pihak kimia telah menjumpai kesan cap jari dan DNA lelaki misteri pada sebelah depan di bahagian 2 sisi tali pinggang Teoh Beng Hock. Mengikut pada pengetahuan kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia, TP mempunyai teknik soalsiasat yang tersendiri iaitu beliau selalu menyoalsiasat seseorang dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang individu dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya.
iii) Proses pengambilan DNA ke atas pegawai-pegawai SPRM Selangor telah dilakukan sebanyak 2 sesi. Pada sesi pertama pengambilan sampel DNA dibuat, TP telah bergegas melarikan diri untuk tidak memberikan sampel DNAnya. Walaubagaimanapun, TP dikatakan telah memberikan sampel DNAnya semasa sesi yang kedua tetapi keraguan yang timbul ialah TP telah memberikan sampel DNAnya di dalam bilik pejabatnya, sedangkan semua pegawai SPRM termasuk pengarah SPRM sendiri telah memberikan sampel DNA masing-masing di dalam bilik mesyuarat secara beramai-ramai. Kenapa TP memberikan sampel DNA secara tersembunyi? Adakah DNA yang diberi itu adalah DNA beliau? Kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia merasa pelik kerana tiada seorang pun sampel DNA yang berpadanan dengan DNA lelaki misteri? Kami mengesyorkan supaya ujian DNA terhadap TP mestilah dilakukan sekali lagi dengan disaksikan oleh orang-orang yang boleh dipercayai.
iv) Kami mendapat maklumat mengatakan bahawa TP telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap / mengesat kesan cap cari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh. Ini terbukti apabila pihak polis tidak menjumpai apa-apa kesan cap jari baru atau lama pada tingkap tersebut. Persoalannya, kenapa TP mengarahkan untuk bertindak sedemikian?
v) Kami mengesyaki berdasarkan maklumat yang diperolehi bahawa TP tidak mengetuk kad perakam waktunya (punch-card) semasa beliau hendak balik daripada pejabat pada 16hb Julai 2009, jam 6.10 pagi. Ini penting kerana ia boleh membuktikan bahawa TP adalah orang yang terakhir melihat Teoh. Persoalannya, kenapa beliau tidak mengetuk kad perakamnya sedangkan beliau adalah seorang yang selalu mengetuk kadnya. Untuk rekod, beliau adalah seorang yang teliti dengan kad perakamnya.
3. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP berkenaan adalah sangat berkuasa dalam menjalankan operasi siasatan di Sekitar Selangor, mahupun seluruh Malaysia. Di SPRM Selangor sahaja, beliau adalah orang yang paling penting untuk membuat keputusan samada sesuatu kes dituduh ataupun tidak walaupun kuasa tersebut sepatutnya dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP). Keputusan yang dibuat oleh beliau itu cenderung kepada kepentingan peribadi dan konco-konconya. Jadi tidak hairanlah jika beliau meneraju Unit Siasatan SPRM / BPR Selangor sejak belasan tahun lagi iaitu semenjak daripada kerajaan Negeri Selangor diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional (Khir Toyo) dan sehingga Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau telah dinaikkan pangkat dengan begitu cepat sekali iaitu daripada Gred 41 hingga Gred 54 dengan hanya memakan masa lebih kurang 16 tahun sahaja tanpa bertukar ke tempat lain dan kekal di SPRM Selangor sehingga sekarang. Jika diikutkan kepada dasar jabatan SPRM / BPR, setiap pegawai yang dinaikkan pangkat atau bertugas melebihi 5 tahun di suatu negeri, pegawai tersebut akan ditukarkan ke tempat lain bagi mengelakkan pegawai tersebut terjerumus dengan masalah rasuah setempat. Salah satu sebab beliau tidak ditukarkan ke mana-mana adalah kerana beliau ditugaskan untuk “menjaga” kepentingan Dato” Seri Dr Khir Toyo di Selangor. Oleh yang demikian, sebagai balasan, Khir Toyo juga perlu “menjaga” kepentingan beliau di Selangor.
4. Kesan daripada keadaan beliau yang selesa di BPR / SPRM Selangor dari dulu hingga sekarang, beliau telah terlibat dengan pelbagai perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Antara perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa TP yang dapat kami kesan / siasat adalah seperti berikut:
i) Menutup kes Khir Toyo berkenaan dengan keluluskan projek pembinaan jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hamper disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan ialah Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, iaitu tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang member keuntungan minimum RM20 juta.
ii) Memiliki aset yang melebihi emolumennya seperti:
a. Mempunyai beberapa buah rumah sewa yang mana salah satunya adalah Rumah Teres 2 tingkat (Mewah) yang dibeli dengan harga istimewa daripada Pemaju Kumpulan Lebar Daun Development Sdn Bhd, hasil daripada penutupan kes yang disiasat ke atas Group Executive Chairman, Dato’ Noor Azman @ Noor Hizam bin Mohd Nurdin. Kes tersebut disiasat oleh BPR Selangor dalam beberapa tahun yang lepas serta beberapa buah rumah lagi yang beliau miliki. Untuk mengaburi mata awam dan pegawai-pegawai bawahan, beliau hanya tinggal di Kuarters Kerajaan di Kg. Atap, Kuala Lumpur.
b. Mempunyai sebuah stesen Minyak Petronas di sebelah kiri Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) KM 8.6 – KM 8.7, Seksyen 1, Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam, 40000 Selangor berdekatan dengan Bulatan Melati, yang menghala dari Shah Alam ke Klang, didaftarkan diatas nama abang beliau. Stesen minyak tersebut adalah baru beroperasi pada tahun ini (2009) yang mana ianya dibina di atas (sebahagian daripada) kawasan perkuburan cina. Beliau berjaya mendapat tapak bagi membina stesen minyak tersebut hasil daripada kuasa yang beliau ada dan juga daripada zaman pemerintahan Khir Toyo di Selangor.
c. Mempunyai beberapa bidang tanah di sekitar Shah Alam, yang mana salah satunya dipercayai di sebelah SACC Mall yang baru yang mana ianya didaftarkan di atas nama isteri kepada seorang pemandu di SPRM Selangor bernama Abdullah b Azim, seorang suri rumah sepenuh masa dan berumur lewat 30-an.
iii) Pernah ditangkap berkhalwat dengan Pegawai Bawahan berpangkat Penyiasat bernama Nor Azlina bt Mustafa di tepi Tasik Shah Alam pada awal tahun 2009 oleh 2 orang anggota polis, sebaliknya beliau menunjukkan kad kuasa beliau dan memaklumkan kepada anggota polis berkenaan bahawa beliau dan pegawai tersebut sedang menjalankan operasi dan mereka telah dilepaskan. Setelah beberapa siri ‘keintiman’ beliau bersama dengan Penyiasat tersebut telah diketahui oleh banyak pihak termasuklah isterinya sendiri. Tindakan yang diambil oleh Jabatan hanyalah menukarkan penyiasat tersebut ke SPRM Ibu Pejabat, Putrajaya. Tindakan ini tidaklah berkesan kerana Azlina masih lagi selalu bersama dengan TP di pejabat Selangor.
5. Tujuan Surat ini dibuat adalah untuk menegakkan keadilan dan mencegah penganiayaan khususnya di dalam SPRM dan amnya di Malaysia. Kami di SPRM sudah tidak tahan melihat kerenah beliau yang mendapat restu daripada pihak atasan seperti kata pepatah “beraja dimata, bersultan dihati”. Kami di SPRM sendiri sudah hilang punca untuk mencari jabatan / institusi / NGO yang boleh mengenegahkan isu ini agar tindakan yang sepatutnya dapat diambil.
6. Kami pegawai-pegawai SPRM amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan yang boleh mewar-warkan perkara ini kepada rakyat dan pihak yang bertanggungjawab agar ada satu organasasi / NGO yang boleh mengambil tindakan yang sepatutnya atau independent investigation sehingga perkara ini boleh dibawa ke kabinet. Perkara ini sangat penting kerana ia melibatkan integriti seorang pegawai yang berkhidmat di sebuah jabatan yang menguatkuasa undang-undang tentang kesalahan integriti manusia. TP sekarang cenderung dan berusaha sedaya upaya dengan mengerahkan pegawai bawahannya untuk mencari kesalahan PKR yang memerintah negeri Selangor sekarang dengan harapan PKR akan tumbang di Selangor dan rahsianya akan selamat. Untuk pengetahuan pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan juga, TP sekarang takut apabila berita tentang Dato’ Seri Khir Toyo telah keluar di media dan beliau amat takut jika kes tersebut akan membongkarkan tentang kesnya.
7. Harapan kami adalah, ada pihak yang berani menyuarakan maklumat kami agar tindakan kami ini mendapat perhatian daripada pihak yang berwibawa dan tindakan yang adil dapat dikenakan kepada beliau dan dihadapkan ke muka pengadilan. Kami sendiri sudah tidak mampu untuk mengambil tindakan ke atas beliau kerana beliau mempunyai “cable” dengan pihak atasan.
8. Kerjasama daripada pihak Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan amatlah dihargai dan diharapkan daripada tindakan Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan ini, banyak lagi maklumat-maklumat yang boleh membongkarkan manusia-manusia yang tidak berintegriti disalurkan agar SPRM dan pegawai-pegawainya bersih daripada rasuah.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK SPRM/NEGARA YANG DICINTAI”
Kami yang menurut perintah,
PEGAWAI-PEGAWAI SPRM MALAYSIA

Death at MACC: My CSI XIII – Letter from MACC Officers

For the justice of my called friend TBH and those victimised by MACC, please be sensitive to all the argument and thoughts given by every single part od Malaysians..I dun blame RP or others, but what have we done to save guard our justice...Justice for Beng Hock..Please read this...
@MySAS

By Dr. Rafick
1. When Gobind raised the matter for the first time during the inquest that he had received a letter “purportedly” written by MACC officers, I had a gut feeling that some good and decent MACC officers, despite living in fear could no longer tolerate the abuse the public has given to MACC as whole. These are honest people and have the best interest of MACC at heart but they have to be careful in their actions as there are bigger forces at play.
2. The moment it was announced, I asked a few friends whether they could assist me in getting a copy of the letter. By the time I sighted the copy, RPK has done all of us a favor by publishing it in his blog. Prior to that I was not sure whether I should do it. I am glad RPK did it and spare me the trouble of bringing it out.
3. Being a former government servant, the first thing that came to my mind is the authenticity of the letter. Based on what was shown on RPK website and what was mentioned by Gobind, the following points basically points to the fact that it is indeed authentic
a. It carries the official letterhead of MACCb. The format of writing is a standard government format in terms of heading and numbering system.c. The language of the letter is very much official is usually used by officers in government serviced. The letter states the in a correct manner, the post of the person, his position acronyme. The way the writer address the reader is also in a typical government writing (Y.Bhg.Tan Sri/Dato/Tuan/Puan)f. The slogan at the end of the letter is a standard practice of writing.
4. In my mind, it goes beyond reasonable doubt that the letter is authentic. The sad thing though, none of the mainstream paid any emphasis on this letter. What was highlighted is that the case of burning their official X-trail in Klang. The timing of the burning also coincides with the timing of the letter was released to the public. It made wonder whether it was intentionally done to divert public attention over the matter.
5. While Khir Toyo has denied any involvement in the scheme of things to bring the downfall of the Selangor government as indicated in the letter, it certainly cast serious shadow over the matter. It is not too long ago, when the issue of Khir Toyo bungalow was raised and based on the letter that was released, it explains quite well why there is no further action taken on this case.
6. There were two parts of the letter that in my mind that is relevant.

Read more at:

Thursday, August 20, 2009

Kerusi DUN Kota Siputeh kosong?

Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah telah menghantar kepada ibupejabatnya di Putrajaya, surat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kedudukan anggota DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya.
Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan mengenai kedudukan Abu Hassan yang hilang keanggotaan setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas."Perkara ini akan dikendalikan di peringkat ibu pejabat. SPR mempunyai bahagian undang-undang yang akan meneliti perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini.Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.Dr Abdul Isa dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kerusi DUN Siputeh itu di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini, pukul 10 pagi esok.Sebelum ini, negara sudah menyaksikan tujuh pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum tahun lalu.Manakala pilihanraya kecil kelapan di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang akan berlangsung minggu depan.

Wednesday, August 19, 2009

Apa tujuan SPRM buka semula siasatan ke atas bekas TKM1 Pulau Pinang??

PULAU PINANG 19 Ogos — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri telah membuka semula siasatan ke atas dakwaan kes rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.
Pengarahnya, Latifah Md. Yatim berkata, keputusan untuk membuka semula siasatan dibuat setelah SPRM menerima bukti baru berhubung kes berkenaan.
“Kami menutup siasatan sebelum ini berikutan tidak cukup bukti tetapi sekarang kita telah menerima bukti baru daripada orang awam dan meneruskan siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
- Bernama

Video Gobalakrishnan dikasari PDRM..

Wednesday, August 12, 2009

Tengku Puan Pahang dan anak selamat di wad ...





ANAKANDA Tengku Puan Pahang (dari kiri), Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menerima rawatan di wad diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.Tengku Puan Pahang tak mahu penyakit berjangkit

KUALA LUMPUR: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang dijangkiti Influenza A (H1N1) bersama lima anaknya, rela ditahan di wad dan tidak dikunjungi suami serta pelawat kerana tidak mahu wabak itu menjangkiti orang lain.Tunku Azizah berkata, baginda tidak berkecil hati kerana terpaksa tinggal dalam wad pengasingan bersama anak-anak, malah turut menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) melarang Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melawat selepas kembali dari London, petang semalam."Saya bersyukur kerana rawatan yang diberikan doktor berjaya mengurangkan kesakitan, tetapi kami perlu ditahan di wad sehingga pulih sepenuhnya. Biarlah kami saja di sini bersama doktor dan jururawat sebab saya tidak mahu penyakit ini berjangkit kepada orang lain."Ketika sakit seperti ini, semestinya saya mengharapkan kehadiran suami dan anak-anak memerlukan bapa di sisi, tetapi saya tidak berkecil hati jika Tengku Mahkota tidak dapat bersama kerana kesihatan baginda lebih utama," katanya ketika dihubungi Berita Harian.Lima anak baginda - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12, pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, dan Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7, dimasukkan ke wad diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Jumaat lalu.Tengku Puan pula disahkan menghidap H1N1 sehari selepas itu. Baginda dan Tengku Mahkota sebelum itu berada di London bagi menyaksikan perbarisan tamat latihan anak sulung mereka, Tengku Amir Nasser Ibrahim di Royal Military Academy, Sandhurst, tetapi terpaksa pulang awal, Sabtu lalu, bagi menemani lima anak baginda di HTAA.Menceritakan saat cemas apabila dimaklumkan lima anak baginda dijangkiti H1N1, Tengku Puan berkata:"Saya menangis apabila diberitahu lima anak di Kuantan menghidap H1N1, terutama apabila mengenangkan seorang daripada mereka mengalami asma yang mungkin menerima risiko tinggi akibat penyakit maut itu, sedangkan ketika itu saya dan suami berada di London. "Memang sukar menerima kenyataan yang akhirnya anak saya turut menjadi mangsa, terutama apabila mengetahui H1N1 boleh menyebabkan kematian jika penghidapnya mengalami penyakit seperti asma dan radang paru-paru."Saya tidak henti berdoa semoga semua anak selamat dan sepanjang dalam penerbangan pulang ke Malaysia, fikiran saya berkecamuk memikirkan nasib mereka," katanya.Tengku Puan berkata, baginda bergegas pulang untuk memberi sokongan moral dan menenangkan lima anaknya yang ketika itu sangat lemah akibat jangkitan H1N1. "Tengku Mahkota yang terkejut dengan berita itu menawarkan diri untuk pulang, tetapi saya melarang kerana baginda turut mengidap asma dan berisiko tinggi jika dijangkiti H1N1. Sebaik sampai di Kuantan, saya terus melawat anak di HTAA dan keadaan mereka ketika itu sangat lemah, muntah dan tidak berselera makan."Apabila tidur malam, mereka meracau kerana bermimpi yang bukan bukan. Paling membimbangkan, suhu badan mereka tinggi sehingga mencecah 40 darjah selsius. Akibat berada di sisi mereka, saya akhirnya turut dijangkiti H1N1 dan wad ini tidak boleh dikunjungi orang ramai," katanya.Mengenai keadaan baginda dan anak-anaknya, Tengku Puan bersyukur kerana suhu badan mereka sudah menurun selepas diberikan antiviral, Tamiflu."Cuma Tengku Hassanal yang masih panas badannya, tetapi keadaan semua anak, termasuk Tengku Ahmad Ismail yang menghidap asma, sudah semakin stabil walaupun mereka belum berselera makan," katanya.Mengumpamakan diri baginda dan anak-anak bagaikan makhluk asing disebabkan semua doktor dan jururawat perlu memakai pakaian khas daripada kaki hingga ke kepala ketika merawat mereka, Tengku Puan berkata, pengalaman dilaluinya kali ini sungguh mencabar kerana lima anak dan dirinya diserang sakit serentak."Saya bagaikan hilang arah kerana H1N1 bukan penyakit biasa, sebaliknya banyak kematian dilaporkan di negara kita. Ketika itu, perasaan pilu melanda kerana terbayang sukarnya saya mendapatkan cahaya mata, tetapi kini semua mereka diserang penyakit maut itu," katanya.Tengku Puan berkata, seorang daripada pengasuh anaknya turut dijangkiti H1N1 dan dirawat di hospital sama, manakala tujuh lagi dikuarantin di rumah selepas mendapat tanda diserang penyakit berkenaan."Ketika mula dijangkiti H1N1, saya menghubungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memaklumkan keadaan kami dan setiap hari, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menelefon untuk bertanyakan perkembangan kesihatan kami."Saya juga bimbang kerana adik, Tunku Mariam yang turut menghidap asma dan anaknya, yang membantu menjaga lima anak saya sementara menunggu ketibaan saya ke HTAA, kini sakit dan mempunyai simpton H1N1 dan mereka sudah menjalani pemeriksaan di Kuala Lumpur tetapi belum mendapat keputusan lagi," katanya.Tengku Puan juga menasihatkan orang ramai supaya tidak bersikap lewa dan menganggap H1N1 seolah-olah tidak berbahaya dengan membawa anak ke tempat awam yang dikunjungi ramai."Malah, pada ketika Kuantan dilanda wabak ini, masih banyak pihak yang menganjurkan pesta keraian."Sepatutnya, langkah berjaga-jaga perlu dilakukan termasuk memakai topeng muka dan selalu mencuci tangan. Paling menyedihkan, sekolah masih terus dibuka walaupun ramai murid yang sakit."Guru hanya mengarahkan mereka pulang, sedangkan langkah paling tepat yang patut diambil ialah menutup sekolah bagi menghalang wabak penyakit itu menular," katanya.

MB Minta Najib Curahkan Pelaburan Kepada Rakyat Selangor


Kalau nak beli Selangor, curahkan pelaburan kepada rakyat bukan kepada pemimpin Umno, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, rakyat mengharapkan pembangunan yang boleh dinikmati untuk keselesaan hidup mereka dan telah memberi amanah kepada Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan itu.
Tan Sri Khalid mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merancang merampas semula Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat.
"Jadi saya berharaplah saudara najib akan mencurahkan pelaburan-pelaburan yang banyak ke negeri Selangor supaya jangan curahkan kepada bahagian umno dan habis duit tu dimakan secara haram,"katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke Tapak Semaian Spirulina, Kampung Ulu Rening, Hulu Selangor, petang tadi.
Katanya, apa yang dilaksanakan oleh kerajaan barisan nasional lebih 50 tahun lalu di Selangor, tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.
Malah, jelasnya, kebanyakan projek yang dilaksanakan itu adalah untuk kepentingan pihak tertentu dan bukan merakyatkan ekonomi Selangor seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat pada hari ini.
"Saya memang sertuju dengan pendapat Datuk Najib Tun Razak, Selangor ini sangat berharga, itu sebab rakyat telah menunjukkan bahawa harga ini boleh dibeli kerana rakyat percaya kepada pemimpin yang boleh merakyatkan ekonomi",katanya.
Menteri Besar menegaskan, Pakatan Rakyat bukan hanya berjanji atau bercakap, tetapi melaksanakan semua dasar-dasar yang telah dirancang untuk faedah rakyat yang berbilang bangsa di negeri ini.

Anwar kesal serangan peribadi Muhyiddin



PETALING JAYA - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan sikap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memilih cara berpolitik menggunakan serangan secara peribadi. Bagaimanapun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Muhyiddin sebaliknya akan berhujah dari sudut dasar sahaja. “Ramai mahu saya serang balas (Muhyiddin). Tetapi saya rasa masih tidak perlu berbuat begitu untuk masa sekarang, saya akan menjelaskan isu-isu pokok yang perlu dijawab oleh mereka (Barisan Nasional),” katanya kepada media di ibu pejabat PKR di sini, semalam. Anwar berkata, Muhyiddin semestinya mengetahui bahawa terdapat di kalangan mereka yang tidak selesa seterusnya menimbulkan perasaan marah sekiranya isu tersebut dimainkan. Mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin tersebut, Anwar berkata, pimpinan UMNO sengaja mencipta propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. “Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak. “Kita mempunyai hujah-hujah yang jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolokkan simbol-simbol bangsa, agama dan raja semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya. Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat lain iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang (PR) bersetuju menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Dalam pada itu ketika ditanya mengapa isu tersebut digunakan ketika ini, Anwar berkata, UMNO sedang mengalami krisis sokongan rakyat selain mahu sokongan pada pilihan raya kecil Permatang Pasir. Sehubungan itu katanya, kerajaan harus bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti itu terus-menerus melabelkannya pengkhianat bangsa Melayu. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, isu desakan supaya Pas keluar dari PR tidak menjadi satu perkara yang besar kerana kenyataan tersebut dikeluar daripada Pemuda UMNO yang mahukan PR berpecah. Anwar turut menafikan bahawa beliau telah membuat pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan isu semasa sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah blog.

Monday, August 10, 2009

PRK PERMATANG PASIR 25 OGOS - BERTAMBAH PAHALA PEMBANGKANG NANTI

10 August 2009

PRK Dun Permatang Pasir nampak gayanya akan berlangsung dalam bulan puasa.Tarikh penamaan calonnya pada 17 Ogos manakala pengundian pula 25 Ogos.Itu keputusan yang dibuat oleh SPR.Ini juga bermakna sebahagian musim kempen akan jatuh dalam bulan Ramadan.Kita tengoklah setakat mana kemampuan mereka yang terlibat melaksanakan kerja-kerja kempen tanpa melanggar hukum-hakam dan adab peraturan yang dituntut oleh bulan yang mulia itu.Mampukah mereka menahan lidah, menahan jari dan menahan hati?
Posted by jeanbara

Sunday, August 9, 2009

Orang Batu Caves menyambut DS Najib dengan replika...Apakata Anda?


Polemik ‘Pengkhianat Melayu’: Petanda Pilihanraya Umum Bakal Menjelang.

Kenyataan MediaAngkatan Muda Keadilan Malaysia
9 Ogos 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius akan trend media-media arus perdana yang begitu serius memainkan isu ‘Pengkhianat Melayu’ mutakhir ini. Pandangan dan komentar pimpinan-pimpinan Umno khususnya disebar luas melalui media-media cetak dan elektronik yang jelas bertujuan untuk memberikan impak negatif ke atas imej Ketua Umum KEADILAN, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat secara umumnya.
Berdasarkan kepada analisis trend, AMK yakin dan percaya bahawa strategi ini bertujuan sebagai persediaan Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat. Dan ini juga sebagai persediaan awal bagi kempen Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang dijadualkan akan diumum oleh SPR esok, 10 Ogos 2009.
Polemik pengkhianat Melayu ini berterusan dimainkan dengan restu Perdana Menteri Najib yang jelas menggambarkan ketandusan idea kepimpinan beliau untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat secara gentleman dan terbuka. AMK percaya ini berlaku rentetan beberapa isu mutakhir yang gagal didepani dengan baik oleh kepimpinan Najib termasuklah pendedahan isu skandal penyelewengan PKFZ, isu kematian Teoh Beng Hock dalam siasatan SPRM dan ditambah dengan sambutan luar biasa ke atas Perhimpunan Aman GMI-MANSUH ISA yang diadakan pada 1 Ogos 2009 lepas di mana berjaya mengumpulkan seramai puluhan ribu rakyat.

Thursday, August 6, 2009

EKSPEDISI UTK MEMBUKTIKAN KELANTAN BERHAK DAPAT ROYALTI DARI PETRONAS !




Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan semua mereka-mereka yang terlibat didalam mengatur XPDC ini. mungkin ada yang berfikir apa rasionalnya mengadakan lawatan seperti ini tapi bagi aku XPDC ini telah mencapai matlamatnya...Para peserta dapat melihat sendiri apa yang diwar-warkan dan yang lebih penting ialah, pihak penganjur XPDC ini telah berjaya membuktikan bahawa Pelantar Minyak Cakrawala memang berada didalam perairan Kelantan setelah dilakukan pengukuran oleh juru-ukur bertauliah yang didatangkan khas dalam XPDC ini.Seterusnya kita akan menunggu laporan penuh dari juru-ukur yang telah dipertanggungjawabkan dalam XPDC ini untuk di bawa ke pihak Kerajaan Pusat dan juga Petronas.

Wednesday, August 5, 2009

Bekalan Gula Di Selangor Mencukupi: Elizabeth

SHAH ALAM, 4 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor hari ini menegaskan bahawa bekalan gula adalah mencukupi di negeri ini menjelang musim perayaan.
Jabatan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor memberi jaminan tiada krisis bekalan gula sepertimana yang didakwa sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Demikian kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong dalam satu kenyataan media dari pejabatnya hari ini.
Justeru, diingatkan supaya rakyat di negeri ini tidak berasa khuatir dan bimbang kepada khabar angin mengatakan bekalan gula tidak mencukupi khususnya ketika menyambut bulan Ramadhan dan pesta Kuih Bulan dalam masa terdekat ini.
Sehubungan itu, sekiranya penduduk Selangor mengalami sebarang rintangan untuk mendapat bekalan gula, sila hubungi pejabat tempatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di daerah yang berkenaan:
Gombak: 03-61863653
Kuala Selangor: 03-32896585
Kajang: 03-87331070
Sepang: 03-87065067
Kuala Kubu Bahru: 03-60642495
Shah Alam/Klang: 03-55107426
Petaling Jaya: 03-79547427

Monday, August 3, 2009

THE NEW YORK TIMES :MALAYSIA CRACKS DOWN ON PROTESTS



Malaysia Cracks Down on Protests_New York TimesSaeed Khan/Agence France-PresseDemonstrators ran as Malaysian anti-riot police fired tear gas shells near Merdeka Square in Kuala Lumpur on Saturday.
By THOMAS FULLER
Published: August 2, 2009BANGKOK — Soon after coming to power four months ago, Najib Razak, the Malaysian prime minister, vowed to temper the country’s repressive laws and respect civil liberties in a country where they have often been ignored.But Malaysia’s honeymoon of liberalism hit the rocks over the weekend, when the police broke up a large rally in Kuala Lumpur, arresting nearly 600 people and reaffirming the governing party’s longstanding policy of zero tolerance toward street protests.Opposition parties, which organized the rally, were calling for the repeal of a law that allows the government to jail its critics indefinitely without charge. The opposition is also pressing the government to expand an inquiry into the recent death under mysterious circumstances of a political aide after a late-night interrogation by anti-corruption officials.News services estimated that the rally on Saturday, which was broken up by thousands of police officers using tear gas and water cannons, drew about 20,000 protesters, making it the largest demonstration in two years.“We can provide them stadiums where they can shout themselves hoarse till dawn, but don’t cause disturbance in the streets,” Mr. Najib said Sunday, according to the Malaysian news media.Since taking office in April, Mr. Najib has gained favor with investors and businesspeople by partly dismantling a system of racial preferences that long caused resentment among the country’s minorities.He also released 13 political detainees held without trial. An opinion poll conducted in June showed 65 percent of respondents were happy with his performance. But more recently, Mr. Najib’s government has been criticized for reverting to the authoritarian tactics of previous administrations.A former health minister and stalwart of the governing coalition, Chua Jui Meng, defected to the opposition in July, saying that Mr. Najib represented an “iron fist behind the velvet glove.”Lim Kit Siang, a prominent opposition politician, said in a blog entry on Sunday that the large number of people detained “underlines” that the “greatest violators of human rights are often the police and the law enforcement agencies.”The death of the political aide, Teoh Beng Hock, in July has galvanized opposition parties and caused widespread outrage, especially among the minority Chinese community.Mr. Teoh, a 30-year-old legislative aide in the opposition-controlled state of Selangor, was found dead beneath the 14-story window of the offices of the country’s anti-corruption commission after a nightlong interrogation.A government minister initially said that Mr. Teoh committed suicide, but his belt and back pockets were torn, adding to speculation that he may have been forced out the window.After initial resistance, the government bowed to public pressure and ordered an inquiry into Mr. Teoh’s death as well as the interrogation tactics of the anti-corruption officers.Deaths in police custody have increased in recent years, according to Suaram, a human rights group. According to the Malaysian Home Ministry, 1,535 people died in police custody between 2003 and 2007, the latest year for which data is available.

Saturday, August 1, 2009

DS ANWAR - HIMPUNAN 100,000 BERJAYA, MEMO ISA AKAN DIHANTAR KPD AGONG

Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat.
Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Demikian lapor wartawan Harakah, NYZA AYOB dari Pejabat Agung PAS.
Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.
Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.
Anwar menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.
Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.
Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras. Para peguam kini sedang berusaha untuk menyelesai dan membebaskan ke semua tahanan tersebut.