Masa akan tiba, 5 Mei buang undi, 6 Mei bentuk kerajaan, 7 Mei Harga minyak turun
Rakyat Malaysia bakal merasai penurunan harga minyak
kenderaan dalam masa lima hari lagi dari sekarang jika Pakatan Rakyat
diberikan mandat memerintah Malaysia kata, Setiausaha Agung Parti Keadilan
Rakyat (PKR), Datuk Saifudin Nasution Ismail.
"5 Mei kita mengundi, 6 Mei kita tubuh kerajaan baru, 7 Mei kita dapat
harga minyak yang baru, insya Allah," kata Saifudin.
Masa sudah tiba ujarnya, untuk rakyat buat perubahan ke arah yang lebih
bebas tidak terkongkong dengan bebanan kenaikan harga barangan selepas ini
terutamanya harga petrolium yang makin meninggi
No comments:
Post a Comment