Saturday, January 12, 2013

RAKYAT BAGI MESEJ JELAS KPD BEEND


KUALA LUMPUR,12 JAN : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno-BN bahawa segala penipuan besar yang dirancang bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat tidak dapat dihalang lagi.
Katanya himpunan hari ini adalah antara masej rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat yang memprotes secara terbuka yang menolak kerajaan sekarang.
Ujarnya, walaupun Umno-BN akan menggunakan seluruh jentera kerajaan bagi memenangi dalam pilihanraya umum nanti namun kuasa rakyat akan menjadi kuasa penentu.
Tegas Anwar, kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang akan diangkat jika memenangi PRU-13 nanti komited untuk menjadi kerajaan bersih,telus dan berusaha keras membanteras rasuah dan salahguna kuasa.
“Yang diangkat oleh rakyat nanti bukan kerajaan biasa-biasa tetapi ia adalah sebuah kerajaan rakyat.
“Kami pimpinan Pakatan Rakyat pada hari tabik hormat kepada semua rakyat yang bangkit pada hari ini,” kata Anwar.
Anwar dalam ucapannya juga melaungkan laungan ‘Merdeka Rakyat sebanyak tujuh kali sebagai simbolik kemerdekaan rakyat dari cengkaman kezaliman kerajaan BN.
Katanya, di Stadium Merdeka inilah laungan kemerdekaan negara dikumandangkan oleh Bapa Kemerdekaan Negara , Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957.
“Walaupun penipuan yang dirancang sekuat mana, fitnah sekuat manapun dan propoganda sekuatmana oleh BN tidak akan menghalang kebangkitan rakyat di Malaysia,”ujar Anwar.
Sementara itu menurut AJK Himpunan Kebangkitan Rakyat, Hishamuddin Rais yang ditemui menyatakan dianggarkan kira-kira 500,000 hadir memberikan sokongan di Stadium Merdeka dan sekitarnya.
Himpunan itu berakhir pada jam 5 petang yang berlangsung dalam suasana tenang dan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

No comments:

Post a Comment