Posted by RAKYAT MARHAEN Isnin, 2010 Mei 24
Di sebalik tindakan Pemuda PAS mengadakan protes di seluruh negara hari ini, Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta umat Islam mengadakan sembahyang hajat
memohon supaya langkah kerajaan mahu mengeluarkan lesen pertaruhan sempena
Piala Dunia tidak menjadi kenyataan.
Sehubungan itu, Mursyidul Am PAS menyelar anggota Kabinet Umno yang meluluskan
lesen judi dengan berkata “orang macam ini sama ada kita pakat sembahyang
hajat minta Tuhan buka pintu hati atau minta mati… mati diri atau mati karier politik.”
Menteri Besar Kelantan ini berkata demikian dalam kuliah mingguannya di Dataran
Ilmu di sini hari ini — beberapa jam sebelum Dewan Pemuda PAS menganjurkan
demonstrasi membantah langkah kerajaan itu.
Nik Aziz berkata, jika kerajaan menghalalkan amalan pertaruhan dengan memberi
lesen tidak salah sekiranya pihak berkuasa memberikan lesen untuk
perbuatan-perbuatan jenayah yang lain.
“Kalau macam tu tak salahlah perbuatan mencuri, merompak, menyamun kalau
diberi lesen atas alasan bagi mengelakkan daripada berlakunya mencuri,
merompak, menyamun secara haram.“Maknanya mengikut teori ini, sikit lagi
perbuatan curi, merompak, menyamun pun tidak haram asalkan ada lesen,” kata beliau.
Nik Aziz pernah menimbulkan kontroversi dengan meminta penyokongnya agar
berdoa sehingga orang yang enggan memberi royalti minyak kepada negeri Kelantan
itu ‘pecah perut’.
Sebelum itu, Nik Aziz pernah mengatakan bahawa mana-mana wakil rakyat daripada
Pas yang bertindak keluar parti untuk menyertai Umno selepas pilihan raya umum
akan dibakar hidup-hidup dalam neraka kerana mungkir janji.Nik Aziz berhujah
berasaskan nas al-Quran dan hadis bahawa perbuatan judi diumpamakan sebagai
najis dan hukumnya adalah haram tidak boleh dibenarkan dengan apa jua alasan.
“Dalam ajaran Islam judi, arak, tikam nombor Allah kata najis, tidak ada
sebab yang boleh menghalalkan perbuatan itu di sisi hukum agama Islam sama
ada dengan cara berlesen atau sebagainya.“Tapi kalau ada orang nak bagi lesen
maknanya pandai manusialah dari Tuhan,” kata beliau kesal kerana keputusan
meluluskan lesen judi diumumkan oleh seorang menteri Melayu dan beragama Islam.
Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein
membuat kenyataan bahawa kerajaan sedang empertimbang kemungkinan
mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia
atas alasan mengelak pertaruhan haram.Dalam pada itu, Nik Aziz membidas
seorang guru pondok di sini yang dikatakan telah menuduhnya sebagai seorang
pengamal aliran Wahabi ketika berceramah di Tumpat bulan lalu.
“Ambo (saya) ada (hidup) lagi sekarang ini, sepatutnya mari jumpa ambo dulu
sebelum nak tuduh, kata ambo wahabi.“Kalau zaman dulu, orang macam ini
kita boleh pegang selam dalam kolah, macam takde kerja tuduh-menuduh
orang tanpa usul periksa, mari jumpa empunya diri dulu,” katanya tetapi
tidak menyebut individu berkenaan.
No comments:
Post a Comment