Monday, March 11, 2013

GAJI NAIK LIBATKAN PDRM DAN ATM... NAJIB

Najib Razak mengumumkan kenaikkan gred gaji bagi mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain dalam sistem saraan baru yang digelar Sistem Saraan Transformatif (SST) yang meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.
Najib berkata, penyelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari 2013 dan melibatkan 102,434 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 131,904 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala bagi penjawat awam lain dimana kenaikkan gaji antara RM80 dan RM320 sebulan akan bermula pada 1 Julai.

BERITA BAIK UNTUK PENJAWAT AWAM HARI INI OLEH NAJIB

Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja sektor awam meletakkan harapan tinggi agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan 'berita baik' menjelang tengah hari ini - antara dua hingga lima perkara penting termasuk imbuhan tetap perumahan dan kajian semula isu gaji maksimum. Beberapa pemimpin Cuepacs yang dihubungi yakin sekurang-kurangnya akan ada dua pengumuman penting iaitu yang berkenaan dengan imbuhan tetap perumahan bulanan 1.4 juta kakitangan dan gaji maksimum yang menyentuh kepentingan sekitar 20,000 penjawat awam.

Tuesday, March 5, 2013

SERANGAN TENTERA MALAYSIA PAGI INI DI LAHAD DATU

Lintas Lansung : Pasukan keselamatan lancar serangan di Kpg Tanduo




 
Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini.

9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka.  Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
villagers fleeing bombings in kampung tanduo sabah 28.45am: Penduduk  Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.

"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.

Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini. 
8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.

azlan8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.

"Mereka telah  mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.

Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.

Wednesday, February 13, 2013

Najib buat pecutan akhir sebelum umum tarikh bubar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat berada pada pusingan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila beliau sekali lagi membuat kunjungan ke beberapa negeri sehingga 24 Februari ini.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, lawatan itu boleh disifatkan sebagai pecutan trakhir Najib dalam menghadapi pilihan raya yang dianggap paling getir.

“Ini adalah persiapan paling rapi yang pernah dibuat Perdana Menteri, beliau (Najib) mahu memastikan PRU13 adalah lebih baik daripada 2008.

“Saya percaya pecutan terakhir ini mampu memberi impak yang besar kepada Barisan Nasional (BN). Melalui lawatan itu juga adalah penentu bila tarikh PRU13,” katanya.
Perdana Menteri mempunyai masa sehingga 27 April ini untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen.

Sivamurugan yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia berkata, lawatan perdana menteri itu juga sebagai penyuntik semangat kepada pemimpin di peringkat akar umbi untuk bersedia menghadapi PRU13.

“Lawatan turun padang itu juga adalah peluang perdana menteri untuk melihat sendiri maklum balas rakyat terhadap kerajaan, dan apabila telah berpuas hati pasti tarikh pilhan raya itu akan lebih hampir,” katanya.

Beliau turut berpendapat yang BN masih mempunyai kelebihan di dalam pilihan raya akan datang dengan melihat sokongan dan gerak kerja yang dilakukan oleh perdana menteri dan parti kompenan BN.

“Walaupun banyak pihak yang mengandaikan parti kompenan BN tidak buat kerja, saya fikir tidak semuanya begitu, mungkin mereka kurang mendapat pendedahan media massa.

“BN masih menguasi beberapa perkara yang mampu menjadi penentu kemenangan parti itu dalam PRU13 nanti,” katanya.

Semalam, Najib berada di Johor menyertai sambutan Tahun Baru Cina bersama dengan komuniti di Kulaijaya dan turut melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia.
Kelmarin beliau berada di Pulau Pinang.

Beliau akan ke Sabah hari ini selama dua hari yang mana beliau dijangka menghadiri beberapa program di Beaufort, Papar dan Tuaran pada Khamis.

Seterusnya, pada Jumaat, Najib akan berada di Ipoh bagi merasmikan Pusat Transformasi Urban dan akan ke Seri Iskandar selepas solat Jumaat untuk menghadiri sebuah program bertemakan ‘Mengubah Destini Orang Asli’.

Najib juga dikhabarkan akan berkunjung ke Majlis Santai Para Pemimpin Malaysia-Singapura di republik itu pada 18 Februari dan beliau dijangka akan singgah di Johor Bahru pada hari berikutnya untuk melihat perkembangan pembangunan di Nusajaya dan Iskandar Malaysia.

Perdana Menteri, juga akan mengisi masa di Sarawak pada 20 Februari sehingga 22 Februari untuk menghadiri beberapa program di Kuching dan Miri, dan kemudiannya ke Terengganu pada 23 Februari untuk lawatan sehari di mana jadual beliau akan melibatkan program Jelajah Janji Ditepati.

Kemungkinan yang terakhir, Najib  akan berada di Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi menghadiri program bertemu rakyat pada 24 Februari.

Sunday, February 10, 2013

Bersama PWB Rawang belajar memasak Durean Crepe...

Tahniah dan syabas kepada PWB Rawang yang berjaya menganjurkan kelas crepe durean saya.... anda akan di ajar kemudian untuk membina bisnes dan ekonomi sampingan keluarga! Anda boleh dan hebat!!

Thursday, February 7, 2013

Monday, February 4, 2013

BENGKEL MINDA POSITIF ~ 9 FEB SABTU ~ DEWAN DATO ABD HAMID BATANG KALI

PERHATIAN UTK USAHAWAN.BAKAL USAHAWAN!!!!!
Tiada mentor? Tiada ilmu perniagaan? Tiada Strategi perniagaan??
95 persen usahawan gagal dalam bisnes tanpa minda positif utk berjaya. Minda utk jualan melimpah, aliran tunai berganda...Tempat terhad, datang ke BENGKEL MINDA POSITIF ~ 9 fEB 2012 sabtu ~ 9 PAGI~ Dewan Dato Abd Hamid Batang Kali