Saturday, May 22, 2010
Pemimpin Umno membisu bila ditanya pesal lesen judi
Mana dia pemimpin Umno terutamanya pemuda yang dulu begitu lantang bersuara isu kalimah Allah. Kenapa mereka sembunyikan diri tidak menentang isu judi bola yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Friday, May 21, 2010
BINTANG MUGILAN DLM MIC NAMPAK PUDAR ?
Apapun alasan Datuk Seri S Samy Vellu bagi memecat timbalan ketua pemuda parti itu, V Mugilan, pasti ramai tahu apa cerita disebalik tindakan tersebut.
Semuanya bermula bila nama Mugilan tiba-tiba panas dan meletup untuk jadi calon bertanding pada pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor April lalu.
Difahamkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah setuju dengan nama Mugilan setelah pengundi-pengundi di Hulu Selangor menolak timbalan presiden MIC Datuk G. Palanivel bertanding semula.
Palanivel didakwa gagal memberikan khidmat terbaik kepada penduduk Hulu Selangor tetapi Samy Vellu tetap berkeras mahu bekas wakil rakyat lima penggal itu bertanding atas alasan Palanivel bakal jadi presiden MIC.
Ketika inilah ujud pertembungan Samy Vellu dengan Mugilan hingga presiden MIC itu mengancam mahu mengambil tindakan terhadap timbalan ketua pemuda tersebut jika dicalonkan menentang Datuk Zaid Ibrahim dari PKR.
Akhirnya jentera BN terpaksa akur dengan pencalonan Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan untuk bertanding yang diputuskan beberapa jam sebelum majlis pengumuman calon.
Muhyiddin dalam ucapan di majlis itu percaya Mugilan mempunyai peluang yang cerah untuk bertanding pada masa depan dan berharap pemimpin pemuda itu bersabar.
Barangkali perkara inilah yang menyekat halkum Samy Vellu untuk menelan kebenaran bahawa Mugilan bakal jadi bintang dalam MIC satu hari kelak sama seperti Cikgu K.Parthiban yang turut diuar-uarkan akan bertanding di Hulu Selangor
Jika tidak masakan beliau menghubungi bekas wakil rakyat Ijok itu marah-marah sebaik sahaja nama Parthiban dilaporkan turut jadi pilihan bertanding dalam pilihanraya kecil itu.
Bagaimanapun, Samy Vellu hanya mencari masa yang sesuai untuk melepaskan amarahnya kepada Mugilan yang pernah mengkritiknya gara-gara pemilihan calon di Hulu Selangor.
Justeru itu, apabila timbalan ketua pemuda itu mengeluarkan kenyataan yang mahukan bekas menteri kerja raya itu melepaskan jawatan presiden MIC secepat mungkin, Samy Vellu tidak perlu berfikir panjang..
Dengan membelakangkan jawatankuasa disiplin parti, Samy Vellu hanya berunding dengan Palanivel untuk membuat keputusan memecat Mugilan, pada Khamis.
Mustahil bagi Palanivel menentang keputusan Samy Vell yang sudah berjanji menyerahkan jawatan Presiden MIC kepadanya tahun depan.
Bagi mereka yang sudah biasa melihat susur galur politik MIC, parti itu sejak diketuai Samy Vellu 31 tahun lalu penuh dengan insiden pemimpin yang dipecat dan ‘dimatikan’ karier politiknya.
Lihat saja apa yang menimpa bekas timbalan presiden Tan Sri M.G.Pandhitan dan Datuk Dr. S. Subramaniam.
Pemimpin-pemimpin yang cuba bersuara demi kebaikan parti akan ditunjuk ‘jalan keluar’ oleh presiden MIC itu demi kesinambungan dan suvival politiknya.
Walaupun Ketua Pemuda MIC, T.Mohan mendakwa wujud ‘Mastermind’ atau individu tertentu yang menjadi perancang di sebalik tindakan Mugilan mendesak Samy Vellu melepaskan jawatannya sebagai presiden parti berkenaan secepat mungkin, ianya sukar dipercayai.
Mustahil Mugilan mahu mengkhianati kepercayaan Najib dan Muhyiddin kepadanya yang pada awalnya sudah beliau bertanding di Hulu Selangor.
Mustahil juga bagi Mugilan membakar jambatan sedangkan jika ambil kira cakap Muhyiddin, jambatan cukup besar menanti Mugilan yang dilihat amat berpotensi sebagai pemimpin pelapis MIC.
Barangkali ini semua helah Samy Vellu untuk memastikan pemimpin-pemimpin MIC yang berada dalam parti apabila beliau melepaskan jawatan kelak adalah mereka yang boleh mendengar cakapnya.
Sebab itu juga, beliau umum akan menilai prestasi setiap ketua cawangan parti ke arah memantapkan lagi jentera parti di peringkat akar umbi sebelum melepaskan jawatan.
Jelaslah walaupun sudah 11 penggal menerajui MIC, Samy Vellu masih mahu menjadi legasi dalam parti kaum India di negara ini walaupun kebelakangan ini, sokongan terhadap parti itu terus dipertikaikan.
Pemecatan Mugilan hanya melengkapkan segala persepsi orang ramai terhadap kepimpinan Samy Vellu sebelum ini yang tidak boleh dikritik atau ditegur walaupun oleh pemimpin parti demi kebaikan MIC.
Thursday, May 20, 2010
BILA SAMMY VELLU BETUL2 NAK ANGKAT BUNGKUS !
PETALING JAYA 19 Mei - Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini didesak meletakkan jawatan Presiden MIC sebelum akhir tahun ini kerana kepimpinannya sudah tidak diperlukan oleh kebanyakan masyarakat India.
Desakan tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, V. Mugilan yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor pada bulan lalu.
Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor berkata, pengunduran Samy Vellu akan memberi peluang kepada pemimpin baru menerajui dan menstrukturkan semula parti itu sebelum menghadapi cabaran pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Zaman bagi orang lama seperti dia untuk menerajui parti yang mewakili kaum India sudah berlalu.
"Atas sebab itu dia harus berundur segera kerana dia kini menjadi beban kepada parti dan BN," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mugilan berkata, apa yang disuarakan olehnya hari ini adalah sekadar mahu mengingatkan kembali Samy Vellu tentang desakan sama yang pernah dilakukannya terhadap bekas Presiden MIC, Tun V. Sambanthan kira-kira 30 tahun lalu.
"Hari ini kami menggunakan modus operandi yang sama ketika Samy Vellu mendesak Tun Sambanthan meletak jawatan dahulu.
"Kini kami beranggapan dia tidak mampu memimpin lagi" katanya.
Katanya, sokongan pengundi India kepada BN pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bulan lalu bukan kerana Samy Vellu tetapi mereka menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kalau Samy Vellu tidak berkempen di Hulu Selangor, BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar lagi," katanya.
Ditanya adakah beliau bimbang desakan itu akan menyebabkan beliau dipecat daripada parti, Mugilan berkata, jika itu berlaku, beliau akan menggelar bekas ahli Parlimen Sungai Siput itu sebagai diktator.

Wednesday, May 19, 2010
PKR PARTY ELECTIONS THIS YEAR END...
By G Vinod
PETALING JAYA: PKR leaders have tentatively agreed to call for party elections this year, but not during the congress scheduled for the end of this month.
This means there may be two national congress sessions this year, according to the party’s deputy secretary-general, Sharifah Shahidah.
She said the second session was likely to be held close to the end of the year.
Speaking to reporters at the PKR headquarters today, Sharifah said the three-day congress beginning on May 28 would focus on financial and administrative issues pending from 2008.
Those issues should have been finalised last year, but the 2009 congress focussed on amending the party constitution, she added.
She said the upcoming congress would also address the issue of defections from the party, evaluate the Selangor state government’s performance and brainstorm on ways to strengthen inter-party ties within Pakatan Rakyat.
The congress will be held in Kota Bahru because “Kelantan is the role model” for Pakatan parties, said Radin Shamsulkamar, who is the organising secretary for the event.
“Despite all the hardships imposed on the state by the federal government,” he noted, “Kelantan has remained an opposition stronghold for many years now.”
PKR Deputy President Syed Husin Ali will open the congress at the Kelantan Trade Centre.
Tuesday, May 11, 2010
Fitnah 2 - Keterangan Saiful Bercanggah, Prosiding Ditangguh Lagi
KUALA LUMPUR 11 Mei -Prosiding kes fitnah 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bersambung pagi ini selepas ditangguhkan semalam selepas peguam bela Karpal Singh memohon penangguhan untuk membuat penghujahan bagi mendapatkan beramaran Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Antara pemimpin Pakatan Rakyat hadir memberikan sokongan pada pagi ini ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.
9.15 Pagi - Saiful memberikan keterangan bahawa semua kenyataannya telah direkodkan oleh pegawai polis Jude Pereira semenjak 29 Jun 2008
9.15 Pagi - Saiful keluar daripada kandang saksi selepas Karpal memohon untuk mendapatkan keterangan yang telah dibuat kepada polis
9.29 Pagi - Karpal mempertikaikan kenyataan Saiful kerana menurutnya kenyataan yang dibuat di mahkamah berbeza dengan kenyataan yang dibuat kepada polis.
Menurut Karpal, Keterangan Saiful kepada polis adalah "tanpa kerelaan" yang mana kesalahan tersebut di bawah seksyen 377(B) kanun acara jenayah.
Dalam hujahnya, Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.
9.33 Pagi - Karpal mahukan keterangan tersebut dibawa ke dalam mahkamah untuk siasatan lanjut.
9.54 Pagi - Hakim Mohd Zabidin Md Diah meminta tempoh sama ada untuk memberikan kenyataan saksi Saiful
Mahkamah membuat keputusan menangguhkan perbicaraan sehingga esok pagi
Semalam, prosiding soal balas Saiful ditangguhkan selepas tiga jam apabila pihak pembelaan telah dinafikan dengan senarai saksi.
Hari ini, prosiding tamat dalam masa tidak sampai satu jam apabila Karpal mempertikaikan tuduhan yang dikenakan terhadap Anwar samada "tanpa kerelaan" atau sebaliknya.
Karpal turut meragui kenyataan Saiful yang bercanggah dan tidak konsisten di dalam mahkamah dan keterangannya kepada polis.
Zabidin menangguhkan perbicaraan mahkamah hingga esok pagi bagi membuat keputusan sama ada keterangan Saiful itu boleh dirujuk ke mahkamah.

Wednesday, May 5, 2010
Akhirnya, 10 aktivis BERSIH bebas dari tuduhan
KUALA LUMPUR, 4 Mei: Mahkamah Sesyen Jenayah 3 Jalan Duta di sini membebaskan 10 aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan di pekarangan bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007 lepas.
Hakim Fathiyah Idris semasa membaca penghakiman kira-kira jam 10.30 pagi tadi menyatakan, pertuduhan yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah cacat.
Pihak pendakwa jelasnya, gagal membuktikan wujudnya perhimpunan haram pada hari tersebut yang menyalahi Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967.
Manakala pihak polis pula jelasnya lagi, hanya bertindak mengikut jangkaan bahawa akan berlakunya himpunan.
Antara mereka yang ditahan kerana dituduh menyertai perhimpunan itu ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Ustazah Nuridah Salleh, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dan Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim.
Manakala lima lagi adalah Badilah Muda, Hashim Awang, Azira Arifin, Mohd Sabri Syafie dan Ang Hok Gan.
"Kita menganggap keputusan mahkamah hari ini adalah paling tepat.
"Pada hari itu kami datang ke parlimen atas tanggungjawab sivik kami untuk menghantar memorandum, kita bukan nak pergi berhimpun," kata Hatta selepas ditemui di luar bilik mahkamah.
Mereka pada jam 11.30 pagi, 11 Disember 2007, telah hadir ke bangunan parlimen bagi menghantar satu memorandum, mendesak kerajaan supaya tidak melanjutkan khidmat Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu itu.
Ekoran itu mereka telah ditangkap dan dituduh mengadakan perhimpunan haram dibawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 (Akta 334) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) Akta yang sama.
Bersih dalam satu kenyataan sebelum 11 Disember 2007 itu, membantah usaha kerajaan meminda perlembagaan bagi melanjutkan usia persaraan kakitangan SPR.
Kerajaan dikatakan akan meminda Perlembagaan untuk melanjutkan umur persaraan anggota-anggota SPR dari usia 65 ke 66 bagi membolehkan Rashid terus berkhidmat.
Usul tersebut buat kali pertamanya dibentang secara tergesa-gesa untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 20 November 2007 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz yang dibacakan untuk kali kedua pada 11 Disember tahun berkenaan.
BN ketika itu dikatakan amat memerlukan khidmat Rashid yang licik bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum 2008.
Saturday, May 1, 2010
Pakatan saran Musa berundur untuk pulih imej polis
| Dzulfikar Mashoor |
| KUALA LUMPUR, 30 April: Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berundur dari jawatan itu bagi memulihkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang semakin tercalar ekoran insiden seorang remaja yang mati ditembak anggota mereka Isnin lalu. Mereka yang terdiri daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Adun Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Segambut, Li Lip Eng dan beberapa penyokong siang tadi menghantar satu memorandum ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menuntut Musa berbuat demikian. Memorandum tersebut diserahkan kepada Kapten Komander Supretendan Ali Ahmad. Selain memorandum, satu aduan rasmi kepada Pengarah Jabatan Tatatertib PDRM, Datuk Abdul Razak juga dibuat. Nurul Izzah ketika bercakap kepada pemberita berkata, tindakan mendesak Musa itu bukan bermakna mahu bermusuhan dengan polis tetapi demi membantu mereka memulihkan imej serta profesionalisme PDRM. Bagi Nik Nazmi pula, selain perletakan jawatan oleh Musa, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga perlu mempertimbangkan semula cadangan sebelum ini bagi menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC). IPCMC, jelasnya dilihat mampu menjadi agen semak dan imbang kepada penyalahgunaan kuasa polis dan memberi keadilan kepada mangsa. Li Lip Eng pula ketika mengulas kenyataan Musa yang memberi kata dua untuk menarik semula anggota dari mengawal keselamatan jalan raya, beliau berkata, dengan kenyataan berbaur ugutan itu dan wajar untukya meletakkan jawatan. "Dia sepatutnya terbuka dan bertanggungjawab rakyat memprotes kenyataannya, harus bersedia berundur," katanya. |
Subscribe to:
Comments (Atom)