Monday, March 15, 2010
BERSAMA KE PELANCARAN KEMPEN SELAMATKAN MALAYSIA !
BERSAMA KE PELANCARAN KEMPEN SELAMATKAN MALAYSIA
26 MAC 2010 (JUMAAT)
8 MLM
STADIUM MINI KUALA KUBU BHARU
KKB, HULU SELANGOR
GERAI JUALAN - 019 3291967
MAKLUMAT - 019 3291967
Tuesday, March 9, 2010
TS KHALID - RM50 JUTA UNTUK DANA MIKROKREDIT SELANGOR ..
Kerajaan Selangor akan menggunakan hasil kutipan hutang dari Talam Corporation bagi membangunkan program Pimpinan Mikrokredit bagi membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah di Selangor.
Kutipan hutang bernilai 50 juta ringgit itu akan dijadikan dana permulaan bagi memastikan semua masyarakat miskin di negeri ini dibela tanpa mengambil kira faktor kaum, agama mahupun kepartian.
Program itu akan dilancar dalam tempoh kira-kira dua bulan lagi.
Bercakap dalam majlis penyerahan watikah kepada ketua kampung di Selangor, Menteri Besar di Stadiyum Malawati, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim program itu akan dilaksanakan mengikut perbankan Islam.Program mikrokredit itu berkonsepkan Qardhul Hassan iaitu sistem yang digunapakai oleh sebuah bank di Bangladesh, Gramen Bank yang telah Berjaya membantu golongan miskin di negara ini.“Kita mengenal pasti lebih dari RM50 juta dikutip dari Talam Corporation dan kutipan itu akan disalur melalui MBI dan digunakan untuk program mikrokredit yang dilaksanakan mengikut perbankan Islam,” katanya.Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menentukan proses dan pendekatan program itu. Ia diketuai diketuai oleh Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali.Sebelum ini, kerajaan negeri yakin akan mengutip keseluruhan hutang Talam berjumlah RM392 juta sepanjang tahun ini dan kutipan ini akan digunakan untuk program-program selari dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Sunday, March 7, 2010
TS KHALID - SELANGOR AKAN TERUS MEMBELA RAKYAT DI BAWAH PAKATAN RAKYAT, BEZA DGN MB TERDAHULU
Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan terus memperjuangkan perkara-perkara asas dalam membela rakyat supaya mereka terus menikmati perbezaan hidup di bawah Pakatan Rakyat berbanding kerajaan negeri Umno-BN sebelumnya. Khalid berkata usaha memastikan kerajaan negeri bersih daripada rasuah dan kemakmuran di agihkan kepada rakyat akan menyakinan rakyat Selangor dan seluruh Negara untuk mengangkat Pakatan Rakyat ke Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.Tan Sri Khalid berkata Pakatan Rakyat telah menyahut mesej jelas dari rakyat Selangor pada pilihanraya umum yang genap dua tahun esok. "Ini yang rakyat tak nak, ini yang rakyat tak mahu, kontrak dibagi pada kawan-kawan, tanah diambil untuk basmi kemiskinan, pengerusi yang jadi tokehnya, bagaimana kita nak menyelesaikan masalah ini, kita berada dalam satu peluang, rakyat melihat apa bezanya kepimpinan dibawah UMNO BN dengan kepimpinan oleh Pakatan Rakyat, apa bezanya Khir Toyo dan Mat Taib lain-lain dengan Khalid Ibrahim,” tegas beliau.Khalid berkata pentadbiran beliau telah berusaha dengan segigih mungkin untuk menzahirkan perbezaan itu.“Ini bukan boleh dibeli, ini bukan boleh digertak, ini kerana kita daripada kumpulan reformasi, kita mahu buat perubahan menunjukkan kepada rakyat, kita boleh pandang mata rakyat, katakana saya berjuang untuk saudara, saya boleh salam saudara, saya salam bahawa ini amanah yang diberikan oleh saudara, dan kita berani buat demikian,” katanya.Dalam tempoh singkat dua tahun ,kerajaan negeri telah mengorak langkah menyelesaikan pelbagai masalah yang tertunggak sekian lama di bawah Umno-BN.Antaranya memberi hak tanah kepada lebih 100,00 keluarga dan melanjutkan pajakan tanah untuk mereka yang layak serta menyelesaikan masalah penduduk bukit Botak yang dinafikan rumah sekian lama. Turut diperkenalkan pelbagai skim untuk anak kelahiran baru, warga emas, bantuan untuk ibu tunggal dan anak pekerja ladang di samping air percuma 20 liter padu.“Tak tergambar Barisan Nasional bahawa merakyatkan ekonomi ini, ialah balasan kita kepada rakyat yang memerintah, tak tergambar oleh Barisan Nasional," kata beliau. Khalid berkata program-program Pakatan rakyat di Selangor adalah penting untuk memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan Pakatan Rakyat mentadbir Negara sekiranya diberikan mandate oleh pengundi pada pilihanraya umum ke 13. “Harapan baru kita ialah sebagai tugas baru, tugas baru yang mengatakan jika kita boleh memerintah Selangor dengan baik, jika rakyat Selangor percaya dengan kita, rakyat Selangor mahukan kita, sudah tentu kita akan ke Putrajaya," tegas Khalid.
Friday, February 19, 2010
KARPAL SINGH NAIK HANGIN SATU BADAN TAK SABAR SOALBALAS SAIFUL BUKHOIRI.. ALASAN HAKIM NAK TUNGGU KEPUTUSAN RAYUAN STATUS HAKIM
Mahkamah menangguhkan kes perbicaraan liwat Saifol kepada 25 Mac 2010. Di bantah oleh peguam Anwar iaitu Karpal Singh yang mungkin rasanya tidak sabar-sabar untuk menyoal balas saksi utama iaitu Saiful sendiri.
Alasan tuan hakim menangguhkan perbicaraan kes ini supaya boleh dirayu keputusan beliau yang tidak mahu mengundurkan diri dari menjadi hakim bagi perbicaraan kes ini.
Hangin satu badan nampaknya si Karpal ini wahai tuan-tuan.
Gua plak syak, kalau di soal si Saiful tu sekarang makin nampak pecah tembelang kot. Maklumlah kena soal ngan team sendir pun kucar-kacir apatah lagi kena soal dengan pihak lawan. Di buatnya si Saiful tu tersasul dalam jawapan.....
Pergh..... gua tak boleh bayangkan bagaimana situasinya akan terjadi. Kot soal Anwar mungkin tarak hal. Kes yang dulu pun takda masalah cuma hakim dan pendakwa aje yang kucar-kacir.
Sekurang-kurangnya mungkin nak bagi Saifol bertapa dulu kasi mantap ilmu jawab-jawab di dada.
Dia ni namanya Saiful Bukhari ke Saiful Bukhoiri?
Sunday, February 7, 2010
Dr Tan Yee Kiew - Kenyataan Nasir Safar Tanda Gagal 1Malaysia
Kenyataan rasis Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan tanda kegagalan konsep dan pelaksanaan projek “1Malaysia” yang telah menelan berjuta-juta ringgit duit rakyat.
Haruslah jelas bahawa orang kanan Perdana Menteri itu telah mengeluarkan kenyataan tersebut dalam satu seminar “1Malaysia” di mana ianya merupakan satu program rasmi yang bertujuan untuk menerangkan konsep “1Malaysia”.Adalah munasabah pihak penganjur menjemput Nasir untuk berucap dalam seminar tersebut atas nama pegawai khas kepada Perdana Menteri yang cukup layak untuk menjelaskan ide baru pentadbiran Najib itu.
Maka kenyataan rasis Nasir itu menunjukkan kegagalan pucuk pimpinan Barisan Nasional, khususnya Najib sendiri dalam menterjemahkan konsep “1Malaysia” ke dalam realiti masyarakat majmuk Malaysia.
Hari ini Najib terpaksa menerima hakikat bahawa orang kanannya sendiri pun tidak memahami ataupun bersetuju dengan konsep yang diwar-warkan olehnya sendiri, apatah lagi seluruh jentera pelaksana dan barisan pimpinan BN.
Hakikatnya konsep “1Malaysia” di dalam papan iklan, siaran radio dan televisyen, program indoktrinasi seperti seminar dan forum, dan papan tanda klinik kesihatan lebih bersifat kepentingan hiasan tingkap yang menghabiskan wang rakyat, dan bukannya kepentingan rakyat secara keseluruhan.
Kini Nasir telah melepaskan jawatannya bagi menjaga imej Perdana Menteri. Namun Parti Keadilan Rakyat yakin rakyat akan menyokong perubahan dasar yang sebenar sepertimana dilakukan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, dan bukannya perubahan slogan yang kosong.
Dr Tan Yee Kiew
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat
Wednesday, February 3, 2010
ANWAR IBRAHIM – KONSPIRASI NOMBOR DUA
Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.
Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.
Monday, February 1, 2010
DS ANWAR - BN GUNA TAKTIK BARU UMPAN YB PAKATAN RAKYAT
Barisan Nasional menggunakan taktik baru untuk memancing ahli parlimen pakatan rakyat meninggalkan parti masing-masing.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, datuk seri Anwar Ibrahim berkata, wakil Barisan Nasional kini menggalakkan ahli-ahli PKR yang dipercayai tidak puas hati dengan beberapa isu dalam parti supaya menyertai parti ketiga.
Beliau menamakan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat dr jamaluddin jarjis sebagai orang tengah atau broker memancing bekas timbalan ketua Keadilan Pahang, Azan Ismail supaya menyertai Parti Cinta Malaysia atau PCM.
Pada masa yang sama wakil PCM juga cuba memujuk ahli parlimen Keadilan Balik Pulau Yusmadi Yusuf supaya menyertai parti baru itu.
Azan Ismail yang juga ahli parlimen PKR bagi kerusi Indera Mahkota mengumumkan peletakan jawatan sebagai timbalan ketua PKR Pahang kerana berseliseh pendapat dengan kepemimpinan negeri.
Anwar percaya barisan nasional berusaha memujuk wakil-wakil rakyat PKR dan mungkin parti kerabat Pakatan Rakyat bagi meninggalkan parti masing-masing sebelum sambutan Tahun Baru Cina dua minggu lagi.
Subscribe to:
Comments (Atom)







