Monday, January 11, 2010

Dk Mahfuz Omar - Umno juara salah guna wang rakyat



KUALA LUMPUR, 11 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemimpin Umno perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa semua projek dan program yang dilaksanakan dalam siri kempen Umno Juara Rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera Umno sendiri.
“Barulah boleh Umno dabik dada kata dia juara rakyat. Kalau tidak, dia hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik Umno yang kian pudar dan mulai pupus,” ujarnya.
Mengulas program Umno Juara Rakyat, beliau berkata kemungkinan pemimpin Umno menyedari parti itu dilihat terlalu jijik oleh rakyat sehingga menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan raya Umum ke-12 lalu.
“Yang menghairankan saya kenapa mesti Umno Juara Rakyat. Bukankah Umno bersama BN memerintah Malaysia. Tidakkah Umno sedar yang ditolak oleh rakyat ialah kerajaan BN,” ujarnya.
Nampaknya, kata beliau, pemimpin Umno hanya mahu rakyat melihat Umno saja yang juara rakyat dan bukannya BN.
“Atau pemimpin Umno memang sedar faktor penolakan rakyat terhadap BN adalah kerana Umno yang sudah dilihat terlalu jijik oleh rakyat.
“Mungkin inilah jawapannya sehingga Umno terpaksa bertungkus lumus untuk menampakkan yang Umnolah juara rakyat,” katanya.
Baginya, program yang dilancarkan oleh Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu adalah merupakan usaha Umno yang terdesak untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat kepada parti itu.
Ini, katanya seperti yang dinyatakan oleh Najib bahawa Umno sudah insaf atas segala kesilapan masa lalu selepas keputusan PRU ke-12 lalu.
“Saya tak kisah kalau Umno nak ajak rakyat kata dia juara rakyat itu hak dia sebagai parti politik. Memang semua partik politik berusaha untuk mendapat sokongan dan dokongan rakyat.
“Persoalannya ialah kalau Umno nak mengaku yang dia juara rakyat, adakah program dan projek yang dia buat dalam kempen Umno Juara Rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari Umno sendiri,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan pengumuman Najib yang memperuntukkan RM15.6 juta untuk membaiki bumbung Pangsapuri Bukit Sentosa.
“Adakah ini duit dari tabung Umno atau duit negara yang merupakan duit rakyat. Kenapakah projek ini diletakkan seliaannya di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri. Adakah gaji pegawai-pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh Umno?” tanya beliau.
Begitu juga, katanya dengan program dan projek-projek lain adakah tidak membabitkan wang negara dan jentera kerajaan.

WACANA GENDER : KEADILAN SOSIAL DAN PERSPEKTIF GENDER 9-10 JAN 2009


Wacana Gender yang berakhir pada 10 Jan 2009 di hadiri oleh Dato'Seri Anwar Ibrahim kira-kira jam 6 ptg dengan memberi "Amanat kepada Wanita Malaysia". Turut hadir di upacara penutup wacana gender adalah Yb Yaakob Sapari dan Yb Azmin Ali disamping pembentang-pembentang kertaskerja di antaranya- Mantan Timbalan Menteri Kementerian Pemberdayaan Wanita Indonesia, Dr Yusuf Supiandi, Dr Cecilia Ng, aktivis wanita (beliau juga berkhidmat di Women's Development Research Centre, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang),YB Saari Sungib (Adun Hulu Kelang) dan Tuan Khalid Jaaffar (IKD).

Sunday, January 3, 2010

TS Khalid - Parlimen Hulu Sgr akan dipertahankan, 3 DUN akan ditawan !


YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Darul Ehsan mengumumkan bahawa Yb Dato Dr Zainal Abidin Ahmad, Ahli Parlimen Hulu Selangor akan kembali berkhidmat selepas kesihatannya baik, malah YAB Khalid menyatakan bahawa dengan kepaduan dan sokongan semua, ketiga-tiga DUN akan ditawan didalam piliharaya akan datang semasa ucapan di Makan Malam PKR Hulu Selangor di Pekan Rasa, Hulu Selangor semalam. Lebih 2000 orang dari sekitar Rasa, Kuala Kubu dan Bukit Beruntung hadir untuk mendengar ucapan dari lebih 10 orang pemimpin negeri..

Wednesday, December 30, 2009

RAMALAN KHAIRY PENGGANTI RAHMAN SULAIMAN TIDAK MENJADI !

Desas-desus sebelum ini yang menyatakan menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khary Jamaluddin dilantik timbalan menteri nampaknya tidak menjadi kenyataan. Jawatan Timbalan Menteri Pelancongan yang dilepaskan oleh Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib akan disi oleh anak kelahiran Sarawak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata pengganti Sulaiman akan diumumkan dalam sedikit masa lagi. "Lebih kurang tapi tidak boleh umumkan lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Parti Demokratik Progresif Sarawak(SPDP) di Dewan Suarah Kuching di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai nama pengganti Sulaiman, yang juga anak lelaki sulung Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang meletak jawatan atas alasan peribadi.
Pada 10 Disember lalu, Abdul Taib berkata Sulaiman terlalu sedih selepas kehilangan ibunya, Puan Sri Laila Taib, yang meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu.

Sulaiman, 41, yang juga Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri pada 19 Mac 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri dan apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri April tahun ini, beliau dikekalkan.
Sulaiman adalah Anggota Parlimen Kota Samarahan yang pernah diwakili oleh ayahnya

Nik Aziz gugur dua setiausaha




SHAH ALAM  - Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan akan mengugurkan dua setiausahanya berikutan spekulasi yang timbul, baru-baru ini.
Antara yang digugurkan ialah setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haron dan juga setiausaha akhbarnya, Mohd Saiba Yaakob.
Satu portal berita tempatan menyatakan pengguguran Exco kewangan dan perancangan ekonomi itu  kerana didakwa sering terlibat dalam kontroversi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh Abdul Ariffahmi Ab Rahman, menantu Nik Abdul Aziz.
Bagaimanapun, setakat ini tidak jelas rombakan pegawai menteri besar dibuat berkaitan dengan kontroversi yang kini melibatkan Nik Abdul Aziz atau sebab-sebab lain.

Sunday, December 27, 2009

Tender Angkut Sampah di PBT Hulu Selangor dianggap tidak telus? Keputusan dibuat terlebih dahulu?

Ramai mulut-mulut yang tidak berpuas hati disetiap kali ada keputusan pbt mengeluarkan tawaran tender kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya.
Suara-suara ini kadang-kadangnya memberikan input yang berkesan jika diteli, seperti kata seorang motivator, kita banyak belajar dari orang yang tidak berjaya dari orang yang berjaya. Segalaa pengalaman dan keperitan seorang kontraktor yang masih berjuang lebih banyak pengalamannya untuk dicontohi dan digunakan didalam alam perniagaan.
Pakatan Rakyat mesti tulus dan berani dalam tindakannya dan konsisten dalam polisinya. Kontraktor didalam kawasan masing-masing diberikan keutamaan. Jangan orang luar diberikan peluang untuk bertanding di kawasan yang mungkin tidak disenangi oleh pengundi tempatan. Ini adalah pandangan orang ramai dan pandangan TG Nik Aziz yang mungkin tidak menggunakan khidmat calun dari luar untuk DUN Kelantan dalam pru akan datang.
Bagaimana dengan keputusan tender angkut sampah baru-baru ini, keputusan telah lama dibuat sebelum perayaan eidul-adha tetapi baru dipanggil semua kontraktor yang berjaya baru-baru ini. Pakatan Rakyat telah mengotakan semua quota-quota yang diperlukan secara nisbah yang di perturunkan oleh kerjaaan negeri sendiri (mungkin mengambilkira nisbah parti dalam jemaah exco negeri)..
Memang ada kah pertemuaan (precouncil) ketua-ketua parti dalam PR untuk membantu membuat keputusan tender ini?
Benar tuluskah ketua-ketua parti didalam PR ini dalam membuat keputusan ini, dan bolehkah diharap ketulusan hati mereka (disebabkan ada kontraktor yang mengaku telah melobi terus dgn ketua-ketua parti?
Benarkah ada quota didalam pembahagian tender ini?
Dimanakah kriteria, landasan dan kualiti yang menjadi pegangan PBT dalam menentukan kualiti kerja-kerja pelupusan sampah ini, dan patutlah selama ini masyarakat terus membuat aduan didalam perkhidmatan ini..
Apakah semua ahli majlis akan terus menjadi tukang melobi dan membelakangkan semua perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat Hulu Selangor.

Harap tulus.