5 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -KUALA LUMPUR, 27 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membuat  apa sahaja, asalkan menang pilihan raya.“Terbaru beliau mengaku Umno melakukan kesilapan sewaktu memerintah  Selangor selama 51 tahun sebagai usaha untuk menarik simpati rakyat supaya  memilih BN untuk memerintah Selangor,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris  Ahmad. Rakyat Selangor pula, katanya mengatakan nasi sudah menjadi bubur.“Nampaknya apa sahaja rakyat minta kepada Datuk Seri Najib beliau akan  beri, termasuklah bulan atau matahari kalau beliau boleh beri,” ujarnya