KUALA LUMPUR 16 Dis: Lebih seribu hadir pada Rapat Rakyat sempena  
pelancaran ABU (Asalkan Bukan Umno) di perkarangan Markaz Tarbiyah Pas  
Pusat, Taman Melewar, malam tadi.
Turut hadir, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung  
Parti Sosialis Malaysia (PSM)  S.Arutchelvam, penyelaras kebangsaan  
Hindraf, W Sambulingam dan pimpinan Parti Progresif Sabah (SAPP) Benny  
Low.
Dipengerusikan Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin  
atau CheGuBard, beliau menegaskan, tiada makna sekiranya rakyat  
merungut  tentang pentadbiram negara, sekiranya mereka sendiri tidak  
bergerak menghapuskan punca masalah, iaitu Umno dan Barisan Nasional.
“Sebab itu kita akan jelajah ke seluruh negara. Ini pentas suara  
rakyat. Setiap isu yang dibawa mereka adalah perjuangan kita,” kata  
CheGuBard mengingatkan hadirin dosa Umno paling utama – iaitu  
memperbodohkan orang Melayu.
“Kita akan bekerjasama dengan mana-mana gerakan rakyat. Di kampung,  di 
bandar, di Felda, di kampus dan juga di Sabah dan Sarawak,” kata  
CheGuBard yang turut melancarkan baju-T ABU.
Pada rapat tersebut, wakil masyarakat pelbagai latar belakang turut 
diberi peluang menyampaikan ucapan masing-masing.
Mereka terdiri dari suri rumah,  pekerja kilang, kontraktor kelas F,  
mahasiswa, eksekutif muda, orang Asal, peniaga pasar malam, malah  
jurulatih karate dan pengerusi Rela  (Ikatan Relawan Rakyat).
Wakil suri rumah dan kaum ibu, Teh Kamaruddin dari Sik, Kedah kecewa  
dengan sikap kerajaan ‘menghukum’ suaminya, seorang kakitangan awam  
kerana terlibat dalam gerakan Reformasi pada 1998.
“Suami dipaksa berpindah dari Sik ke Alor Setar, kira-kira 80  kilometer
 dari tempat asal. Kami tak boleh tinggal di bandar seperti  Alor Setar 
kerana kos hidup yang tinggi,” katanya yang komited akan  meneruskan 
kempen ABU dikalangan suri rumah.
Yusof Tapa, seorang kontraktor kelas F dari Negeri Sembilan pula  
menyatakan sudah muak mendengar dendangan ‘lagu’ Umno yang kononnya mahu
  membela orang Melayu.
“Umno ini sifatnya dengki. Dia tak boleh tengok orang lain yang buat  
kerja dengan baik mendapat pulangan. Jadi dia ‘senaraihitam’ nama kita  
untuk masukkan kroni dia. Mana dia membela Melayu? soalnya.
Manakala wakil orang Asal, Arsian Toepoeloe dari Chenderiang, Perak  
berpengalaman sendiri diperdaya Jabatan hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
Katanya, isu tanah yang menjadi maruah orang Asal sehingga hari ini 
gagal diselesaikan.
“Senator orang Asal yang dibawa ke Dewan Negara itu bukannya mewakili  
suara orang Asal, tapi suara Umno. Masalah tanah tak selsesai.
“Kalau peneroka Felda dan Felcra boleh dapat tanah, mengapa kami  orang 
Asal tiada hak? Ada Belanjawan 2012 sebut tentang kami?,” soalnya.
Beliau mendedahkan, Akta Orang Asal juga digubal penjajah British, malah
 Umno tidak memberikan apa-apa kepada mereka.
“Nasib baik kerajaan Selangor ada juga beri geran,” katanya disambut 
tepukan hadirin.