Kenyataan Tok Guru Nik Aziz :
Bismillah, saya dimaklumkan keputusan pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang menghormati hasrat Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah. 
Alhamdulillah, saya menerima baik dan bersyukur sangat2 kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan apatah lagi kerana ia tidak menyentuh non muslim. 
Tinggal lagi sekarang, kerajaan pusat yang didokong oleh UMNO yang masih menghalang hasrat kami.
Thursday, September 29, 2011
Thursday, September 22, 2011
BANYAK TU K/P PALSU ~ 60,000
KUALA LUMPUR 20 SEPT : Kabel  diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa bekas  pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul  Rahman mengakui beliau pernah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad  pengenalan palsu kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada sekitar  tahun 1990-an - atas arahan Umno.
Kabel yang  dimuat-naikkan di portal pembocor maklumat Wikileaks memetik bekas ketua  Rakyat Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) Malek Husin  sebagai mendakwa bahawa Rashid mengakui perkara ini dalam pertemuan  peribadi di rumah Rashid pada 25 Oktober, 2006, lapor Malaysiakini.
Dalam  kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai  Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid juga mengesahkan  Umno telah melancarkan kempen 'kotor' pada tahun 1990-an untuk merampas  Sabah - yang dikuasai sehingga 1994 oleh PBS yang berada di barisan  pembangkang ketika itu.
"Sepanjang dekad  berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia  kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan mereka  pendatang beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di  Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.
"Menurut  Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi telah mengeluarkan lebih  daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno  menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.
Kewarganegaraan  'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi  isu di Sabah, dengan pemimpin-pemimpin tempatan sama ada di dalam  mahupun di luar BN berulang-kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan  persekutuan.
Walau bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.
Adalah  didakwa keadaan semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan  diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad  kerana didakwa melancarkan apa yang kini dikenali sebagai 'Projek IC'. 
Ini  adalah operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran  Negara, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan ejen-ejen mereka -  dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.
Pada  pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri  pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan  Negeri (DUN) merosot dengan sebegitu mendadak.
DYMM SERI PADUKA YG DIPERTUAN AGONG MELAWAT NEGERI SELANGOR..
KLANG 21 SEPTEMBER :  Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri  Agong Tuanku Nur Zahirah hari ini memulakan lawatan rasmi tiga hari ke  Selangor.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di Padang Mahkota,  Istana Alam Shah di sini pada 10 pagi tadi, disambut oleh Sultan  Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor Tan  Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tuanku Mizan kemudian menerima sembah  tabik Hormat Diraja sebelum lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor  dimainkan oleh pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem  Sungai Besi yang diketuai Mejar Zailani Mohd Okhtat. Ia disusuli dengan  tembakan meriam 21 das.
Tuanku Mizan kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri empat  pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja,  Kem Sungai Besi, diketuai Mejar Ahmad Muzaimi Mohd Ali.
Seri Paduka Baginda berdua kemudian berangkat ke Masjid Istana Diraja  dan Galeri Kereta Diraja di Istana Alam Shah sebelum menghadiri  beberapa acara pada petang ini.
ZAMAN DAH BERUBAH ~ PEMIMPIN NEGARA BUKAN TAU SEMUA - MAHFUZ OMAR
KUALA LUMPUR,  21 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebarang  pembaharuan yang hendak dilakukan oleh Perdana Menteri memerlukan usaha  bersama antara kabinet mahupun secara memorandum kepada rakyat di luar  dan bukannya secara kuasa peribadi.
"Sebarang  bentuk pembaharuan yang ingin dilakukan oleh mempunyai muafakat bersama  antara kabinet dalaman mahupun pendapat rakyat dan cara sedemikian  dilihat akan menghasilkan satu pembaharuan yang lebih baik.
"Perdana  Menteri tidak boleh merasakan apa idea yang dikeluarkan untuk suatu  pembaharuan adalah yang terbaik, malah kenyataan Pak Lah kerana beliau  tidak bertegas dan mahukan Najib lebih bertegas adalah tidak tepat.
"Zaman  ketua mahupun pemimpin negara serba tahu sudah berlalu dan dalam  keadaan sekarang sebarang bentuk pembaharuan perlu wujudkan satu  komuniti yang melibatkan rakyat kerana hasil pembaharuan melalui  perbincangan komuniti lebih berkesan daripada idea dari seorang pemimpin  dan inilah yang terbaik untuk negara kita," jelasnya ketika dihubungi.
Beliau  menyatakan demikian sebagai respons kepada bekas Perdana Menteri Tun  Abdullah Badawi (Pak Lah) dalam kenyataannya semalam mengharapkan tidak  akan ada pihak dalaman yang akan menentang secara senyap seperti  ‘gunting dalam lipatan’ dalam sebarang usaha pembaharuan yang akan  dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kenyataan  itu dikeluarkan oleh beliau apabila melihat kembali zaman  pemerintahannya bahawa sebarang pembaharuan yang ingin beliau lakukan  sentiasa ada pihak yang cuba menentang serta menggagalkan usaha beliau  itu.
Subscribe to:
Comments (Atom)

