Selangor telah mencapai jumlah  nilai pelaburan perindustrian yang  tertinggi iaitu sebanyak RM29.3  billion bagi tempoh 2008 hingga 2010  berdasarkan data Malaysia  Industrial Development Authority (Mida). "Ini  merupakan nilai  pelaburan yang tertinggi di Malaysia berbanding dengan  negeri-negeri  yang lain," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan,  Perindustrian  dan Perdagangan negeri, Teresa Kok Suh Sim.
Katanya, Selangor  diikuti oleh Sarawak dengan jumlah nilai pelaburan  perindustrian yang  berjumlah RM27.6 billion dan Pulau Pinang dengan  RM24.6 billion.
Beliau  menambah, Selangor juga telah berjaya mencapai bilangan projek   perindustrian tertinggi iaitu 905 projek dan bilangan peluang pekerjaan   yang tertinggi dengan jumlah 80,000 berbanding dengan negeri-negeri   lain bagi tempoh yang sama.
Menurutnya, empat negara pelabur  asing yang utama di Selangor dalam  tempoh tersebut ialah Amerika  Syarikat dengan jumlah modal pelaburan  RM4.7 billion, Jerman (RM3.5  billion), Japan (RM3.4 billion) dan  Singapura (RM1.8 billion).
“Data  Mida ini jelas menunjukkan bahawa tohmahan yang dilemparkan  oleh  sesetengah pihak bahawa pelaburan di Selangor telah jatuh semenjak   kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor adalah   tidak berasas,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Kesimpulannya,  tegas beliau ekonomi Selangor masih lagi mantap di  bawah Kerajaan  Pakatan Rakyat di Selangor dan masih lagi merupakan  destinasi pelaburan  nombor satu bagi pelabur asing dan tempatan.
Thursday, March 31, 2011
Monday, March 7, 2011
Teruskan perjuangan sehingga nyata benarnya janji RABBI .. Roslan SMS Corner
Sebagaimana diduga PAS  tewas dalam dua pilihanraya kecil yang diadakan serentak iaitu Kerdau di  Pahang dan Merlimau di Melaka. Dan sebagaimana jangkaan juga majoriti  calon BN dikedua-dua kerusi ini bertambah berbanding dengan PRU yang  lalu.
Memang kalau mahu dikaji punca kekalahan  berganda PAS ini maka berbagai analisa dapat dibuat. Apapun PAS dan  Pakatan Rakyat berhadapan dengan jentera BN yang tersusun lengkap dengan  bekalan wang ringgit yang teguh tidak tertanding oleh PAS walau ditahap  10 peratus. Barang diingat juga kedua-dua kerusi ini memang merupakan  kubu BN dan PAS tidak ada sejarah pernah memenangi kerusi berkenaan.
Membaca  komen yang diberikan oleh laman web dan portal berita berbahasa  Inggeris, saya agak kurang bersetuju apabila ada yang mengulas bahawa  kekalahan PAS ini adalah berpunca dari sikap parti berkenaan yang  agresif mengenengahkan idea dan dasar Islam. Kononnya langkah Majlis  Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BI) mengambil tindakan  terhadap premis yang menjual  loteri “bigsweep”  baru-baru ini menyumbang kepada kekalahan PAS.Mereka  ini mungkin baru mengenali PAS. PAS bukan baru lahir 2 atau 3 tahun  lalu. PAS sebagai sebuah parti Islam telah wujud dan bertarung dalam  gelanggang politik Negara sejak lebih 50 tahun lalu. Islam tidak pernah  berubah sejak di bawa oleh Rasulullah saw. PAS sekadar menyambung mata  rantai dari rantai perjuangan Islam yang panjang lebar itu.
PAS bawa Islamlah maka PAS menang dan berkuasa kembali  di Kelantan pada tahun 1990 dan bertahan sehingga kini.
Kerana Islam lah maka PAS dapat menzahirkan kepimpinan  yang telus, bersih dan bertaqwa. Samada calon PAS itu menjadi MB, atau  EXCO atau ADUN pegangan Islam nya membezakan ia dengan pimpinan parti  lain, kerana Islam lah mereka dihormati dan disegani.
Kalau mahu PAS ikut selera  mereka  yang kritikal ini lebih baik PAS gugur sahaja dasar perjuangan Islamnya  itu. Jadi sebagaimana parti lain, kalau perlu peluk Islam kalau tidak  campak sahaja ketepi.
Saya yakin selagi  iltizam ahli dan pimpinan PAS kuat pada prinsip dan dasar perjuangannya  yang telah berjaya dipertahankan berdekad-dekad lamanya itu, maka selama  itulah Islam akan terus dijunjung dan disanjung. PAS mungkin tewas di  Merlimau dan Kerdau, tapi takkanlah kerana kekalahan itu maka Islam mahu  dipersalahkan?
Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga  nyata benarnya janji Rabbi..............
Syabas  para petugas PAS, syabas calon-calon PAS, walaupun kita tewas hari ini,  ganjaran lebih besar menunggu kita di Akhirat nanti insyallah. Teruskan  perjuangan, hingga nyata benarnya janji Rabbi. TAKBIR!
Thursday, March 3, 2011
ANWAR - 1ISRAEL DAN 1MALAYSIA ADALAH KEBETULAN!
| Harakahdaily | 
| JASIN, 2 Mac: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar  Ibrahim membuat kejutan kepada pengundi PRK Dun Merlimau apabila  mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan  kerajaan Israel yang ditandatangani pada 1991 yang merupakan bukti  pertalian erat kedua-dua pihak. Beliau turut membaca satu perenggan daripada perjanjian itu sebelum menyerahkan kepada jurugambar media tempatan yang berebut-rebut mahu merakam dokumen berkenaan. "Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia. "Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan ‘People First’, Najib pula ‘Rakyat Didahulukan’. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia. "Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan kira-kira 3,000 hadiri yang memenuhi lokasi ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi. Anwar pada Disember tahun lalu digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan selepas mendedahkan persamaan slogan One Israel dan Satu Malaysia dengan mengaitkan peranan Apco, tanpa diberi peluang membela diri. Turut digantung ialah Mohamed Azmin Ali (PKR Gombak) R Sivarasa (PKR Subang), dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu. Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem. Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel. Selain bukti itu, Anwar pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000. Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing. Anwar juga kesal kerana Umno BN sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan. "Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia," katanya. Laporan itu menunjukkan Malaysia berada di tangga kelima dari senarai panjang negara yang terlibat dalam pengaliran keluar wang secara salah seperti wang rasuah mahupun wang lari cukai. Pada ceramah itu, Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga petrol sehari selepas menawan Putrajaya.  | 
Subscribe to:
Comments (Atom)